Friday, September 27, 2013

balik korea terus cari ayam kampung malaysia

Travelog korea

Sampai malaysia sabtu malam around 10 pm then tuptap tuptap cop passport and amik luggage dah makan masa sampai sejam jugak lah. 

From KLIA terus amik baby danish. 
Tak kira! nak amik danish malam ni jugak walau badan letih tak ingat. Penat, letih, ngantuk tu dah tak fikir dah...dah jadi pilihan terakhir. Sampai malaysia terus nak jumpa anak-anak dan suami je ;)

Then after amik danish, makan masa lebih kurang sejam lagi untuk sampai ke rumah.

Banyak kan destinasi perhentian sal dari KLIA ke rumah???
Memang enjoy sangat ke korea. Sampai malaysia pulak enjoy bila tengok anak-anak happy bila mama bagi tau yang mama ada beli barang korea untuk diorang. Macam damia dia prefer princess or barbie...danisha pulak more to spiderman...lucky at korea ada jugak jual something dari disney princess and spiderman. Kalau tak mau sentap anak-anak gegurl mama ni. Nasib baik la danish yang baru lima bulan tu tak tau nak request apa-apa lagi. kalau tak menjawab nak pusing satu seoul cari barang diorg je.

Sampai umah memang tak sempat nak rehat dulu.
Letak danish dalam walker then mama pergi mandi sabun garam buluh that is sabun hotttt marine essence. Legaaaaaa bila aroma sabun marine essence ni meresap pada kulit badan dan meresap bau aroma wangi dia ke hidung.

Lepas mandi, solat, makan, then kemas sikit-sikit luggage kasi lapang sikit. sebab masa kat seoul tu, sampaikan nak tutup beg pun terpaksa melompat dulu atas beg baru lah dapat zip luggage. Yang dah pakai siap basuh pagi tu jugak. Tak kira. Penat tu belakang cerita asalkan semua nye dapat siap cepat. sebab kalau banyak tunggu dan tangguh memang nanti jadi malas pulak nak buat satu apa pun.

Kira nye untuk hari yang balik ke malaysia tu, dari pagi berjalan kat korea sampai kan dalam flight pun tak tido then sampai umah pulak sambung buat keje lagi...fuhhhh..uol bayangkan macam mana penat nye badan. Tapi ntah la, dari mana datang nye tenaga yang nak bekerja nonstop ni pun sal tak tau. maybe sebab banyak sangat kot serap aura positif adik beradik top leaders circle ni.

Lepas tu masa kat korea tu pulak asik terfikir yang betapa hebat nye kemajuan di korea ni sampaikan dalam masa yang singkat korea boleh setanding negara maju. 




The next day, sunday tu lepas selesai urusan bisnez sal n husband bawa anak-anak keluar makan kat tempat favret weol skarang ni iaitu restoran ayam kampung di kota damansara. ada je sal pernah buat entry restoran yang pernah masuk jalan-jalan cari makan tv3 ni dulu.


boleh dikatakan seminggu tu 4-5 kali jugak la sal datang makan kat sini. sebab tak puas la makan ayam kampung ni. harga belakang kira bila rasa dia memang susah nak dapat kat mana-mana area kl selangor ni. so uol yang memang suka makan masakan kampung, nak pulak harga yang agak berpatutan, boleh try datang sini ye. Confirm nak repeat lagi.




hahaa..cian danish tu.
tak habis-habis merenung nasik mama.



Ni je lah pun menu favret kami anak beranak.
Ayam kampung goreng.
ayam kampung masak lemak
ulam-ulaman
dengan budu.
perghhhhhhhhh!!!!!! 

Tapi kali ni ayam kampung dia agak besar so sal amik 3 ketul je semua. kalau tak, pernah je satu hari tu kitorg makan sampai penuh sepinggan dengan 6-7 ketul ayam.huhuu.





mata bulat semua.






Baby boy sal ni memang dah teringin sangat dah nak makan makanan orang dewasa. nampak tu sampai gigit jari dia nak kan nasi putih tu.


haaaa! nampak...siap nak kaut dengan tangan dah tu.
heheeee..sabar ye muhammad danish shafiq. Nanti gigi dah ada mama bagi la kamu makan nasi puas-puas.






yang dah terliur dengan ayam kampung dan masakan kampung kat sini, cepat-cepat la datang untuk rasa sendiri keenakan masakan melayu di sini. sekali datang confirm nak datang lagi.

Alamat
Restoran Ayam Kampung kota Damansara
49 Jalan Cecawi, 
6/33 Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor.




Monday, September 23, 2013

miracle in cell no.7

anneyeong haseyo!!!

Alhamdulillah sal dah selamat sampai ke malaysia malam sabtu yang lepas.
Tapi jangan pelik pulak sebab sampai-sampai malaysia sal terus update entry the biggest korean film ni. Patut nye update entry tentang day 1 until day 5 ke korea kan...hehee.

MIRACLE IN CELL NO 7.

Bukan apa...film ni berjaya buat sal nangis teresak-esak dan berjaya mengisi masa lapang sepanjang 6 jam penerbangan dari korea ke malaysia. Tak terasa waktu berlalu macam tu je bila 6 jam duduk dalam korean airline hari tu. Sebab nye....sebab layan cerita terbaik ni la.

So lepas ni nak cari lah cd miracle in cell no 7 ni. nak tengok dengan husband dan damia danisha danish. Mesti Damia akan nangis teresak-esak jugak bila tengok cerita yang penuh dengan mesej kasih sayang ni...Huwwaaaaaa ;')



Kisah cite ni adalah tentang seorang ayah yang agak lurus orang nye telah di tuduh membunuh. Kemudian di penjara kan bersama 5 tahanan yang lain. Sepanjang dalam tahanan ni la macam-macam kisah lucu dan sedih dikongsikan.

Mula-mula naik flight tu dah susah hati dah... "apa lah aku nak buat sepanjang 6 jam ni"

nak tido memang tak lah. sebab sal bukan jenis yang akan tido dalam perjalanan jauh. nak layan lagu??? bosan la pulak sebab masa pergi ke incheon tu dah layan abis semua lagu dalam korean airline tu. So, terdetik la hati nak belek ruangan korea movie dalam flight tu. Search punye search, terus tekan cite miracle in cell no 7 ni. Tak sangka pulak boleh layan sepenuh jiwa sampai nak meraung pun ada. Memang sedih dan menyentuh jiwa!

Pandai sungguh tuan pengarah film ni  Lee Hwan-Kyung dan mereka yang terlibat dalam pembikinan film hebat ni.


Diorang ni semua terbaik!!!
sangat lawak dan sangat pandai kasi orang lain nagissssss.


Part ni antara yang paling sebak! :')



 Pelakon cilik ni tersangat lah comel!



Ni la penonton yang over menyaksikan kisah sedih plus lucu miracle in cell no 7 ni...sampai kan the next day suh hubby bawa gi cari cd dia pulak. nak tengok lagi santai-santai kat rumah dengan anak-anak pulak.





  TRIP KE KOREA MEMANG BESTTTTTTTT!!!!
Inshaa Allah sal akan share kisah hari pertama ke hari ke lima kemudian ye.

Sunday, September 22, 2013

Top leaders circle travelog in korea

Anneyeong haseyo.....!!!!

Nanti kan update sal tentang kisah kami ke seoul korea ye....banyak sangat nak share kan dengan uol semua...semoga kisah perjalanan kami di negara yang penuh semangat juang dalam pembangunan ekonomi ni sikit sebanyak dapat membantu anda yang teringin nak ke korea nanti.

Monday, September 16, 2013

Promosi bbplus collagen sempena hari maaysia

Sempena sambutan hari malaysia hari ni, sal nak bagi harga istimewa buat anda yang sama-sama nak gebu, putih, cantik dan sihat dengan BBPLUS COLLAGEN ni...tawaran hanya untuk hari ni aje...

Ramai makin yakin dengn keberkesanan bbplus collagen jadi anda yang masih belum merasai keunikan bbplus ni cepat-cepat dapatkan sekarang.stok terhad!

011-1631 1641
011-2372 7729

Wednesday, September 11, 2013

Tugasan sebagai speaker utama Top Leader Circle


Alhamdulillah untuk 1st class TLCC sal di beri peluang untuk menjadi salah seorang speaker utama untuk berkongsi ilmu dengan usahawan-usahwan hebat top leaders circle.

Nanti kan kisah selanjutnye nanti ye....

Thursday, September 5, 2013

majlis iftar top leaders circle

Puasa dah habis pun, tapi sal tetap jugak nak update kisah iftar kami Top Leaders Circle bersama Anak-anak yatim dari Rumah Amal Ummul Qura dan Maahad Tahfiz Darul Ulum Wal Isnad.

Ya Allah...!!!!
memang lain macam rasa nye bila kita meraikan anak-anak yatim dan memberi makan pada orang lain. Biasa dengar kan, kalau nak rasa bahagia, sila bahagiakan orang lain sama. Memang sungguh-sungguh bahagia dan gembira bila dapat bersama-sama berbuka puasa sempena majlis pelancaran Top Leaders Circle pada 1 Ogos 2013 tu.

Hari tu hari khamis, so sal amik cuti half day untuk buat persiapan yang tak seberapa bagi memeriahkan majlis iftar TLC tu.

Tiga hari sebelum majlis iftar ni diadakan, kami telah mengadakan pengumpulan duit dan barang-barang keperluan untuk disumbangkan kepada kedua-dua rumah anak yatim dan maahad tahfiz ni.

Dan yang paling mengejutkan adalah bilamana jumlah kutipan untuk cash dan barang-barang keperluan melebihi dari apa yang di jangkakan.Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab ramai nye insan yang bermurah hati memberi sumbangan dalam bentuk cash mahupun barangan harian buat anak-anak yatim yang memerlukan.

Jumlah cash tak perlu lah disebutkan di sini. cukup sekadar ahli TLC dan penerima sumbangan sahaja yang tahu jumlah tersebut. Tapi untuk barangan macam makanan, bahan kering, baju, pad wanita, kuih raya, etc sangat-sangat memeranjatkan kami sebab sampai tak muat transport nak bawa balik barang-barang ni ke rumah Amal Ummul Qura tersebut.




Sal tolong siapkan bahan untuk buat wadaikipeng ni je...hehee..
yang masak nye of coz lah mak mertua sal. Ni adalah manisan orang banjar. Nama dia wadaikipeng. 

Bahan-bahan wadaikipeng ni simple je kalau ikutkan.
kena ada tepung pulut, air suam, sedikit kapur, santan, gula merah dan gula biasa.

Lepas tu kena bentuk kan kecik-kecik tepung pulut tu. 
Ha yang pakai seluar biru tu danisha...time mama sibuk nak bulat-bulatkan tepun tu, time ni jugak lah dia pun rajin sangat nak menolong. So, sal bagi je dia main-main dengan tepung pulut tu tapi apa yang dia bulatkan tu sal tak campurkan sekali la masa masak wadaikipeng ni.



Lepas hampir berejam nak siapkan wadaikipeng tu, kami anak beranak pun bersiap pakai wangi-wangi untuk ke Top Leaders Circle Centre. Tapi baby Danish tak ikut la sebab nanti mama ngan ayah kena duduk mengadap dia je. 


Ni sebahagian dari goodie bag sumbangan dari top leaders circle.



Maahad Tahfiz Darul Ulum Wal Isnad ni siap berqasidah lagi. Sedap sangat alunan qasidah yang mereka mainkan.



Majlis makan dimulakan lepas selesai solat berjemaah.



Kemudian disertakan dengan selingan tazkirah dari tetamu jemputan khas untuk berkongsi ilmu kerohanian buat kami semua.


Bersama anak-anak rumah amal ummul qura. Rumah amal ni terletak jauh nun di bukit beruntung.



pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Darul Ulum Wal Isnad.


Damia n danisha kusyuk makan willy satay.


Berposing jap dengan ammyrra atyka.


Bersama sebahagian adik beradik TLC dan anak-anak rumah amal ummul qura.
Jangan tak tau, tukang amik gambar nye adalah damia. Kiranye semua gambar kat bawah ni damia la yang tolong amik kan. Berbakat sungguh anak mama ni ye ;)


bersama anak kandung dalam bisnez ni... Ieda Rani.
Walau hamil tapi semangat perjuangan baka rimau dia tetap tinggi.


Ni pun tengah pregnant jugak ni. Alhamdulillah korang ni memang mewarisi kesuburan bonda bisnez korang ye...heheee..tak lah, ni semua rezeki Allah nak bagi diorang hamilkan. Kebetulan je lepas sal pregnant then sorang-sorang anak business pun pregnant.

Yang paling happy dapat pregnant adalah bakal ibu yang bertudung biru ni la farhana ramli... sebab lama jugak anak tunggu detik-detik untuk bergelar ibu. Alhamdulillah doa ana dah dimakbulkan tuhan. In shaa Allah tak lama lagi bertambahlah khalifah Allah di muka bumi ni.


kagum dan respect sangat dengan Mentor utama TLC iaitu CDM salha zain, CDM Alfaath dan CDM lily dan lapisan mentor-mentor dan ahli keluarga TLC yang sama-sama menjayakan majlis berbuka puasa ni.

Ni yang seronok nye business secara berkumpulan ni. Nak pulak TLC bukan sebarangan kumpulan dalam dunia perniagaan online ni. TLC merupakan icon pada peniaga-peniaga online malaysia di mana Kementerian sendiri telah mengiktirafkan TLC sebagai icon sohonita Malaysia.

Bila buat kerja secara bersatu macam ni, segala yang kusut dapat dileraikan dengan baik dan segala yang nampak sukar dapat dipemudahkan.

Sekian kisah berbuka puasa TLC pada tahun 2013 ni ye. Tunggu kisah berbuka puasa kami pada tahun 2014 pula nanti ye.

Lepas majlis berbuka puasa dengan TLC ni terus shoot ke rumah client di Shah Alam. Berdesup jugak la en husband drive sebab dah nak hampir pukul 1 pagi baru dapat sampai ke rumah customer yang nak pakai premium beautiful sebelum balik beraya. Alhamdulillah, sekali sarung je terus customer puas hati dengan result premium beautiful.

marine essence alternatif terbaik untuk masalah kulit anda






Wangiiiii nye sabun ketiak atau nama kelahirannye sabun marine essence ni...
Tu lah ayat yang sal selalu terima bila client mesej lepas sabun marine essence ni sampai ke pintu rumah mereka. Yess, memang wangi sangat sabun garam buluh ni. Sewangi khasiat dan kehebatan yang bakal ditinggalkan pada tubuh badan kita.


Sabun garam buluh pastinye buat kan anda kerap nak mandi dan terasa segar sepanjang hari.

Baik untuk sesiapa yang ada masalah:


-Kulit gatal-gatal
-tumit pecah
-kulit kering dan terlalu sensitif
-hitam di ketiak, leher dan celah-celah badan. (Paling disarankan untuk ibu hamil dan baru lepas bersalin)
-selalu letih
-ketiak berbau
-Kerap guna deodorant

Kandungan bahan-bahan yang ada di dalam sabun marine essence yang hot di pasaran ni


Untuk dapatkan sabun marine essence sila hubungi :


Salleha Roslan
(Whatsapp)
011- 1631 1641
011-2372 7729