Monday, July 8, 2013

shopping persediaan ramadhan di Pasar tani

Sabtu pagi ajak husband pergi shopping ikan dan sayur-sayur konon nye sebagai persediaan untuk ramadhan nanti. Boleh la sahur tu sal masak simple-simple je macam goreng ikan, goreng sayur, n goreng telur untuk kitorang makan waktu sahur tu. Kami berdua ni di bulan ramadhan memang kurang sket selera makan. sikit je la.... Tapi bab berbuka memang menjadi-jadi nafsu makan nye. Usually berbuka memang we ol akan beli je juadah berbuka atau berbuka di rumah mertua.


udang wajib beli sebab ni menu favret damia.
tak tanye pun sekilo berapa...main kaut je pas tu bayar. dah bayar baru beso biji mata sebab memang MAHAL! hahaa ;)


Ikan pulak sal amik ikan tenggiri, ikan merah dan ikan jenahak.
pun tak tanye harga.
Tunjuk je mana yang rasa nak lepas tu bayar. 
Sebab tau harga ikan udang, ayam, daging semua memang melambung. Nak tawar menawar tak sampai hati sebab tau tak mudah diorang ni nak dapatkan stok ikan segar ni.
So, tak perlu nak merungut and komplain harga barang naik. Sebab kalau bersungut pun apa boleh dapat. dapat stress je la. 



Dari sini sal sedar dan makin faham yang gaji naik memang naik...tapi tak kan boleh tandingi kehebatan kenaikan harga barang-barang keperluan...zon selesa kita memang perlu dibesarkan lagi. Kalau sekarang ni pun sepotong ikan tenggiri boleh cecah RM6 tak mustahil satu masa nanti boleh jadi ianye cecah sampai puluhan ringgit sepotong ;)


Let's CHANGE for a BETTER FUTURE.



No comments:

Post a Comment