Friday, July 12, 2013

perfume vista zania


memperkenalkan minyak wangi khas megikut hari.
VISTA ZANIA...
7 wangian berbeza mengikut hari dan mengikut mood anda.


Minyak wangi bebas Alkohol
Beli 5 Free 1
Sah Hingga Disember 2013.


For Him.
Minyak wangi yang memang wangi khas untuk lelaki.


For Her.
Minyak wangi khas untuk wanita.

Botol nampak je simple tapi bau vista zania perfume ni memang luar biasa.

Sebotol RM10
Sekotak ada 7 botol RM52


Nak side income dengan menjadi agent/dropship minyak wangi vista zania???
untung mingguan ratusan ringgit.
untung bulanan mampu cecah ribuan ringgit.


Contact
salleha roslan
011-1631 1641




Panduan memilih minyak wangi

Baik lelaki mahupun wanita, masalah yang sering dihadapi mereka ialah kesukaran memilih minyak wangi sesuai disebabkan kemunculan pelbagai jenis aroma di pasaran dalam perisa berbeza.

Ini ditambah pula bentuk botol yang menawan sehingga menyebabkan pelanggan terkeliru mengenai wangian yang sesuai dengan personaliti dan bau badan mereka. Terdapat beberapa garis panduan dalam memilih minyak wangi antaranya:

Kulit
Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan kita mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh. Jangan hanya membeli disebabkan terpengaruh dengan jenama sebelum benar-benar yakin wangian itu sesuai dengan diri kita.

Bau
Pastikan kita memilih minyak wangi beraroma segar yang mempunyai bau mengesankan. Ketika membeli, pastikan kita meminta pandangan rakan (sebaik-baiknya wanita) mengenai minyak wangi sesuai. Biasanya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri kita.

Bahan dan perisa
Minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta perisa digunakan. Misalnya, minyak wangi berperisa kayu, buah-buahan, bunga-bungaan, lautan, sayur-sayuran dan wangian Timur. Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita. Bagaimanapun, pilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup kita.

Iklim dan musim
Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu, amat penting memilih minyak wangi sesuai bukan saja pada kulit tapi iklim dan musim.

Selain itu, pilih haruman mengikut masa serta perayaan yang akan diraikan. Sebagai contoh, ada minyak wangi sesuai ketika menghadiri majlis hari jadi tetapi tidak sesuai dibawa ke bilik mesyuarat.

Bagi mengekalkan ketahanan aroma wangian yang dipakai, terdapat beberapa teknik yang boleh diamalkan. Sebaiknya letakkan minyak wangi pada nadi, pergelangan tangan, siku dan belakang telinga.

Menyembur minyak wangi pada belahan coli juga dikatakan mampu menyimpan aroma dan dilepaskan secara berterusan untuk kekal lebih lama.


1 comment: