Thursday, July 18, 2013

Nak berjaya atau gagal?

Pilihan sentiasa di tangan kita.
kita adalah orang yang bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri samada nak arahkan hidup kita kearah kejayaan atau kegagalan.

Orang lain hanya sebagai batu loncatan sahaja untuk menganjakkan kita supaya terus untuk berjaya atau terus jatuh gagal.


Sekadar perkongsian dari pengalaman sal yang masih setahun jagung dalam dunia perniagaan internet ni. Sal jumpa rata-rata dari kita ramai yang nak berniaga. Ramai yang nak berjaya. Ramai yang nak jadi kaya berjaya dunia akhirat, Ramai yang nak jadi macam orang tu dan ramai yang nak jadi macam orang ni.

Yang sayang nye, tak ramai orang yang sanggup buat sepertimana apa yang orang-orang berjaya sudah lakukan.

Macam contoh buat student lah kan, bila diorang target untuk dapat result cemerlang dalam peperiksaan, dah tentu-tentu lah diorang akan sentiasa komit dengan kelas, rujuk cikgu atau lecturer dan pasti nye segala assignment yang di beri confirm diorang akan usaha untuk siapkan. Tak kira la walau terpaksa bersengkang mata sampai jadi mata panda sekalipun asalkan impian untuk lulus cemerlang tercapai.

Begitu juga lah senario nye dalam dunia perniagaan.
Perlu ada rasa kesungguhan untuk capai impian dan matlamat.
Kena ada ilmu, perlu ada tindakan, dan perlu sentiasa rujuk orang yang menarik tangan kita dalam business ni. Kita yang patut rela kan diri kita untuk follow tindakan pemimpin yang dah berjaya. Bukannya hanya tunggu di ketuk baru nak jalan.

Paling kritikal, bila banyak sangat TAPI…TAPI…TAPI..TAPI…dan TAPI dalam diri kita. Bila banyak sangat mencipta alasan, in shaa Allah memang kita akan gagal!

Antara ayat lazim orang yang menggagalkan diri mereka sendiri adalah:

- Saya nak buat business TAPI tak ada masa. Sibuk dengan kerja.

- Saya nak buat business TAPI susah lah sebab saya tengah mengandung ni. Boleh ke BUAT?

- Sayan nak buat business TAPI anak saya kecik lagi lah.

- Saya nak buat business TAPI tak boleh lah nak tinggal anak sebab tak pernah pun berpisah dengan anak sebelum ni.

-        Saya nak buat business TAPI suami saya tak bagi. Dia suruh duduk rumah je jaga anak.

- Saya nak buat business TAPI tak boleh lah nak pegi class atau apa-apa seminar.

- Saya nak buat business TAPI malu la nak promote-promote ni

- Saya nak buat business TAPI tak rajin lah nak update-update blog ke fan page fb, instagram, google plus bagai ni.

- Saya nak buat business TAPI  modal tak ada.

Paling parah bila:
Saya TAK NAK buat business TAPI nak duit selalu ada.


Kalau macam ni punye banyak lah TAPIIIII kita tu kan, tak mustahil 3 tahun akan datang kita akan keluarkan banyak perkataan “KALAU” pulak untuk gantikan TAPI.

Antara ayat yang confirm akan keluar dari mulut kita nanti adalah :
“KALAU lah aku mula kan dari dulu dah tentu aku jadi macam dia”

Jadi kenapa nak tunggu dan fikir terlalu lama???
Mula je lah bertindak dari sekarang sementara tengah muda, tengah sihat ni. Buang je segala TAPI TAPI dan TAPI tu. Buang segala ALASAN…Kecik kan segala halangan yang ada dan besarkan segala impian yang memang boleh jadi nyata bila kita nekad untuk berjaya!


Salleha Roslan

011-1631 1641



7 comments:

  1. salam...adakah sal rasa sal dh berjaya sekrg setelah berjaya mengengam rm10k sebln...nk tnya sal...adakah sal tlh berjaya beri duit kpd ibubapa sal setiap bln adakah sal tlh beli kete sndiri hasil usaha sal adakah sal tlh beli umah utk future investment sal or utk tempat kediaman sal sndiri adakah sal dh buat insurance utk pelindungan famili adakah sal tlh buat saving utk diri sndiri n anak2 n adakah sal tlh antar ibubapa sal g umrah or haji...jika blm maknanya kte xpandai lg manage duit sndiri...biz n financial management sgt penting klu kte rasa sudah brjaya n seorg banker yg brtauliah...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas comment anda.

    Sebelum tu, sy juga nak bertanya, sudahkah anda melaksanakan semua soalan di atas yang anda aju kan pada saya??? Sekira nye iye, Alhamdulillah…semoga kita terus kaya dan berjaya dunia akhirat.

    Definisi kejayaan bagi setiap orang adalah berbeza.
    Pada pandangan manusia seperti anda, kebiasaan nye Kejayaan memang di ukur dari segi wang ringgit dan material yang seseorang miliki. Betul kan???

    Tapi definisi kejayaan bagi saya adalah bila amal kita, kehidupan kita LEBIH BAIK DARI SEMALAM….bila kita bermula dari zero dan berkesudahan tanpa horror.

    semoga anda tidak terlalu mengukur kejayaan seseorang hanya pada income 10k,20k,100k etc.

    Kejayaan perlukan process. Jutawan yang ada hari ni pun lahir hasil dari bertahun-tahun berniaga. Jadi untuk saya yang baru hampir dua tahun bergelar usahawan online ni memang alhamdulillah saya katakan, kejayaan kecil yang saya miliki hari ni adalah rezeki yang tak terhingga buat saya dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. Kewangan n amalan adalah penting...Alhamdulilla kesuma d atas tlh d sempurnakn kecuali haji..insyallah thn depan sy akan lakukannya n sempurnakn bersama ibu n famili...satu tip dr sy beri duit kpd ibubapa kte start dr kte keje xkira pendapatan kte sedikit atau mencecah 5 or lbh angka krn duit yg kte berikn kpd mereka adalah doa drp mereka...amalan dunia n akhirat pn penting utk kita seimbangknnya e2 akan d tentukn oleh Allah kelak..5 or lbh angka xpenting klu kte xpandai nk manage n seimbangkn kesuma d atas..n jgn kte trlalu menguar-uarkn kpd suma org brapa income kte kelak org akan menyampah n kte nampak seakan riak...mgkn sbb pengalaman hidup anda trdahulu yg menyebabkn akan tlh brasa lbh sempurna n brjaya...apa2 pn gudluck utk anda...

    ReplyDelete
  4. kewangan n amalan dunia n akhirat perlu seimbang...alhamdulilla kesuma d atas tlh d sempurnakn kecuali haji...rezeki sentiasa ada klu kte sentiasa ingat pd ibubapa kte n allah...br duit kpd ibupada kte start dr kte keje till skrg krn duit yg kte berikn mgkn dpt membantu meringankn beban mereka n mgkn e2 akan menjd doa kpd kte...tdk perlu tggu till income kte mencecah 5 or lbh angka...n jgn menguar uarkn brapa yg kte dpt krn mgkn sesetengah org akan melihat kte dr perspektif yg berbeza iaitu riak...tp sy tdk salahkn anda mgkn pengalaman kehidupan anda menjdkn anda merasakn skrg lbh sempurna n brjaya...apa2pn gudluck utk anda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian.
      Berdoalah semoga rahmat dan hidayah Allah kekal dalam diri kita dan berdoa juga semoga hati kita tak dibolak-balikkan dan dijauhkan dari rasa bangga diri dan sekelumit iri hati pada makhluk lain.

      Riak atau sebaliknye hanya Allah yang layak untuk mengadili hambaNya. Dan kita sebagai manusia terus kan bersangka baik sesama manusia dan berbaik sangka dengan segala yang Allah berikan samada baik atau buruk, sikit atau banyak, cepat atau lambat.

      Apa yang kita baca, lihat, dengar, cakap biarlah sentiasa dalam keadaan yang lebih positif. Tak perlu terlalu menilai perkongsian seseorang kearah yang negetif. Gud luck to u too. Barakkallah.

      Delete