Monday, July 22, 2013

iftar at G Tower Hotel

iftar di G Tower Hotel.
Highly recommended buat uol yang bercadang nak ubah angin untuk berbuka puasa di luar. Hotel ni betul-betul sebelah bangunan tabung haji kat jalan ampang tu. Hotel ni baru di KL, kira nye untuk yang tak updated punye GPS tu memang tak kan ada la dalam senarai carian. Melainkan uol search bangunan tabung haji. 

pose with my kids mesti kena ada punye. Kalau tak tak selera nak makan jap lagi..hihii. Yang damia tu memang over sket bila nampak camera but adik danisha agak keras pose dia. Danish pulak macam biasa lah, memang alergi camera. so tiap kali nak amik gambar mesti dia akan toleh punye.


G Tower Hotel ni antara hotel yang menawarkan pakej halal untuk muslimin mulimat yang nak berbuka puasa di hotel-hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur. Harga untuk satu kepala pun not bad ;)

And masakan dia memang super maveles. Husband siap ajak berbuka puasa kat g tower hotel ni lagi sebab dia suka sangat dengan teh tarik kawwwww kat hotel ni.


Keluarga makin membesar :D
sayang sebenar nye nak tinggal kan anak-anak ni kat in law. so bawa je la sekali datang sini. Tapi sebab baby danish tu tak nak pulak tido kat sofa empuk G tower hotel ni so mama ngan ayah kena la gilir-gilir makan n layan muhammad danish shafiq ni. Kakak n adik danisha okay dah boleh buat hal sendiri.

Bayangkan...damia sampai habis makan nasi penuh pinggan waktu berbuka puasa kat sini. Tu menandakan yang masakan berbuka di G Tower hotel memang sedap. Berbaloi bayar mahal sikit pun. Suasana hotel dia pun memang tersangat-sangat lah selesa untuk membuatkan kita lagi berselera nak makan.

Dan paling best, walau hotel ni jenis hotel yang banyak bintang, tapi parking tiket sekali masuk untuk hari sabtu dan ahad just rm3 je..i like.. ;)


melayan my 3 months baby ni berborak. 
Danish ni memang agak friendly sket orang nye. Dia suka bila kita rajin sembang dengan dia.




Ni lah dia G tower hotel KL. 
kalau sebelum ni G hotel ni hanya ada di penang je kan. tapi kat kl pun dah ada. so untuk uol yang ada cadangan nak stay dengan selesa kat kl ni boleh la try G Tower hotel ni.


Pool waktu malam.

Huhuu..gambar tak banyak amik sebab focus untuk makan lauk-pauk dan kuih muih yang sedap-sedap belaka kat sini. In shaa Allah nak repeat lagi ke G Tower hotel ni. Boleh belanja satu family makan besar kat sini coz view dia sangat cantik. Bayangkan dari level 28 tu kita boleh nikmati makan malam sambil tengok cahaya lampu terang benderang sekitar kuala lumpur.






No comments:

Post a Comment