Friday, May 10, 2013

Pilihanraya umum Malaysia 2013

Alhamdulillah pilihanraya umum 2013 telah pun berlangsung dengan aman nye di kawasan desa aman puri iaitu tempat sal melaksanakan kewajiban sebagai rakyat malausia yang menentukan masa depan negara untuk kemakmuran generasi pelapis yang akan datang...

Excited sebab 1st time nak mengundi kan...so pukul 5 pagi lagi dah bangun bersiap...tu pun sebab my cute lil hero DANISH yang kejutkan...danish ni memang suka bangun pagi so lepas ni mudahlah mama n ayah nak bangun solat di awal waktu :)

Walau still dalam pantang pada hari ke 25 tapi tu tak jadi penghalang untuk sal jalankan tanggungjawab pada agama, bangsa dan negara...

Yang best nye bila kita beraura positif, anak-anak pun akan follow untuk serap aura positif bila mana damia n danisha pun turut bangun awal pagi then mandi, gosok gigi n siap2 berbaju...:D

Sampai je tempat mengundi di sekolah kebangsaan desa aman puri, masyaAllah punye la bersusun kereta dan panjang tak hingat warganegara malaysia ni beratur di awal pagi untuk membuang undi...yang tak tahan tu, sebab kan jem sangat2 nak ke kawasan ngundi so i decide utk keluar kereta dan jalan kaki je..nak tunggu untuk kereta betul-betul dapat parking memang berjam lagi la...so, menapak la mak yang dalam pantang ni naik bukit dan mula beraratur dalam barisan yang panjang :')

Dalam dua jam menunggu dengan penuh sabar barulah dapat masuk ke bilik undi...i love malaysia n i really love islam sebab tu dengan penuh semangat walau jalan tak boleh nak laju2 tapi demi masa depan pewaris-pewaris ku, mama gagahkan jugak diri untuk memangkah calon yang berwibawa untuk mengekalkan kemajuan malaysia dan memartabatkan islam dalam kehidupan seharian.

heheee...semangat kan anak beranak ni bangun pagi nak keluar mengundi.


saya pemangkah dun paya jaras dan parlimen subang ;) 


Panjang kan que.............ada lagi 500 meter ni nak ke pusat undi.




Padat betul penduduk desa aman puri ni...adalah dalam 5000 orang yang keluar mengundi kat sini kali ni. Semua nye sebab ramai pengundi baru tahun ni. 


Mama yang beratur panjang, diorang pulak yang lebih-lebih lapar. sebenar nye bukan apa, diorg ajak pegi mcd ni sebab nak main playground je.


Balik rumah sambung baring depan tv tengok cite favret diorang TANAH KUBUR...penuh keinsafan kan muka masing-masing..heheee.


Best nye la hai dok umah bergolek-golek dengan anak-anak ;)



No comments:

Post a Comment