Sunday, May 26, 2013

Agent BBPlus collagen diperlukan

Disebabkan permintaan terhadap BBPLUS COLLAGEN ni semakin hot dengan ada nye peluang untuk jana extra income sebanyak RM15k sebulan, maka dengan ini kami memerlukan agent/dropship bagi bbplus collagen ni.

BBplus collagen merupakan antara product SUPERBRAND bertaraf LIMA BINTANG sebaris dengan sabun ketiak atau nama asalnye sabun marine essence yang berjaya menghuru-hara kan hidup pengedar seluruh Malaysia.

Peluang terbaik ni di buka dalam masa terhad untuk sesiapa sahaja yang nak tambah bajet raya untuk tahun ni dengan BBplus collagen.

Untung bersih antara RM270 hingga RM15,000 sebulan.
Untuk teknik jualan dan keterangan lanjut boleh segera hubungi kami.

Salleha Roslan
011-1631 1641
KL/Sungai Buloh/Puncak Alam

Simaa Roslan
012-637 4069
Johor Bharu

Dyna Salleh
016-242 4700
Melaka

Melati
012-652 0032
Melaka

Myra
019-338 6797
KL/Selayang

Marlisa ineles
016-417 8437
Damansara/Sg.Petani

Mardhiyah
019-221 9189
Bangi/Kedah

Tengku Farhana
019-907 4803
Perak

Nuzul
017-945 0512
Pahang

Zihan
012-253 6662

Gambar ni merupakan testimoni terbaru kami sendiri (dyna salleh dan salleha roslan) selepas konsisten dengan BBplus collagen..opsss...gambar tanpa edit 360 dan 365 ye guys ;)

Monday, May 20, 2013

Posnatal checkup and business appointment

Hari ke 38 lepas bersalin ada appointment dengan my gynae doctor pakar sakit puan dr.wan ratna iza di putra medical center. Kalau ikutkan 4 hari lagi baru date appointment, tapi dah alang-alang nak ke KL untuk bantu anak-anak business untuk kembangkan network mereka so sal decide untuk ke pmc pagi untuk check up terus...best kan bila ke private hospital ni sebab masa untuk juma doctor tu kita boleh tentukan bila2 masa dan bila2 waktu...lagi pulak hari ni hari jumaat so sal minta husband cuti untuk temankan sal ke KL. Best kan bila husband dah nampak kesungguhan kita dan income business dah jadi solid income lebih dari gaji kerja hakiki so en husband pun tak berkira untuk amik cuti tanpa gaji bagi menemani isteri tercinta ni keluar ber business...lagi pun today is friday so sesuai sangat la cuti dan memudahkan husband untuk ke masjid bagi solat jumaat.

Checkup postnatal kali ni doctor cakap "salleha, hari ni ada pap smear ye" dengar pap smear tu je dah cuak dah. Sebab pernah rasa sakit pap smear ni dulu macam mana...alih-alih pap smear kat pmc ni tak rasa sakit langsung dan tau- tau je dah sudah...phewwwww...lega. Buat uol yang takut nak buat pap smear tu boleh la try buat kat PMC sungai buloh ni ye ;)

After check up pergi breakfast kat TEMPAYAN, restoren baru yang jadi pilihan sal n suami buat masa ni untuk makan pagi dan tengahari...kelas tak bila orang dalam pantang siap makan kat kedai...yang best nye restaurant tempayan ni banyak choice makanan dia. Sampaikan lauk yang sesuai untuk orang berpantang pun ada.

Lepas makan, hantar baby dan damia then follow husband ke masjid untuk solat jumaat. After solat singgah ke stokis beli stock bbplus collagen dan macam biasa nak borong sabun marine essence berkotak- kotak tapi sedihhhh sebab stock licin satu malaysia. Haishhhh memang untung besar la siapa yang borong sabun marine essence ni sekarang sebab permintaan sabun ni memang melampau banyak nye sampai naik kebas jari jemari membalas inbox dan whatsapp client yang tak pernah berhenti nak kan stock dan tak kurang hebat nye ramai jugak yang nak kan extra income untuk sabun marine essence ni...amik...ni la dia penangan business online sampaikan kul 3 pagi pun ada yang buat order.

After that terus ke kl untuk dua appointment dan lepas maghrib terus amik anak, bawa gi makan dan balik rumah sembahyang, kemas apa yang patut then pengsan sampai ke subuh...huhuhuu...lucky i have a very good baby boy and daughter yang tak banyak ragam. So dapat la rehat awal lepas seharian dari pagi begerak ke sana sini.

Even tempoh berpantang orang kata selama 44 hari, but for me asalkan badan dah cergas dan dah boleh solat, tak jadi masalah untuk keluar rumah bagi menambah rezeki dan menambah nilai hidup orang lain...anak kecik, baby yg masih merah, tak de bibik, tak pandai jalan KL or apa-apa lagi alasan yang kita biasa dengar tu bukan penghalang untuk kita berjaya...sebab kejayaan bukan datang dari orang lain tapi datang dari diri kita sendiri dengan izin Allah...bila asyik jadikan alasan anak atau sebagai nye sebagai penghalang untuk kita berubah, sampai bila pun kita still di takuk sama dan makin lama makin sukar untuk kita nak lakukan perubahan...baik mula bertindak sekarang sementara anak masih kecik ni coz nanti bila mereka di usia belasan tahun time tu lagi banyak perhatian yang kita perlu berikan pada mereka...jom jadi ibu bapa yang memberi nilai kehidupan penuh makna pada anak-anak kita.

Bbplus collagen terbaik

Hari ke 40 selepas bersalin buat kan sal rasa happy sangat bila hasil amalkan BBPLUS COLLAGEN sepanjang tempoh berpantang ni berhasil...ALHAMDULILLAH...so u guys jangan ragu-ragu utk try guna superbrand collagen seperti bbplus ni dari pregnant sampai la lepas bersalin. Sebab kesan bbplus ni bukan je untuk naik kan seri muka tapi baik jugak untuk sembuh kan luka jahitan dan kurangkan lenguh sendi akibat proses melahirkan.

Sementara ada promosi beli 3 PERCUMA 1 ni baik la uol grab cepat...khas untuk bulan may ni sahaja.

Untuk dapatkan special price, contact sal cepat ye ;)

SALLEHA ROSLAN
011-1631 1641(Whatsapp)

Thursday, May 16, 2013

Kepentingan majlis ilmu

Ni nama nye betul-betul meroyan bila still dalam pantang pun asik keluar untuk urusan bisnez. Hari ke-35 berpantang sal keluar ke B32 untuk berjumpa anak-anak bisnez yang bersedia untuk di bimbing...bila rakan kongsi bersemangat untuk ke class dan perlukan bimbingan dan tunjuk ajar, dah semestinye hati pemimpin seribu kali sedia untuk menghulurkan tangan.

Seperti biasa,  hari rabu dan sabtu merupakan hari untuk kami menimba ilmu. Tanpa ilmu kita mesti mudah jemu dan lesu untuk terus maju ke depan. Tanpa ilmu pasti kita mudah layu dan sering menyalahkan orang lain melulu bila mana kita menemui kegagalan. Sebab tu betapa penting nye majlis ilmu ni untuk orang-orang yang impikan kejayaan.

Walau still berpantang sal tetap gagahkan diri untuk keluar berjumpa bisnez partner yang masih merah ni...bila diorg semangat, kita sebagai mentor perlu lebih kuat dan bersemangat. Anak kecik bukan alasan untuk kita tak boleh nak jalankan tanggungjawab sebagai leader. Memang mencabar bila jadi supermak anak tiga ni...nak pulak ada baby kecik. Then sebelum keluar rumah dan usung ketiga-tiga anak, sal perlu siapkan barang baby like pampers, baju salin, botol susu bagai...siap kan damia n danisha lagi...kalau nak fikir letih, bagi sal tak de dah alasan letih dalam kamus hidup skarang ni sebab bila kita dah enjoy dengan apa yg dilakukan confirm rasa happy mengatasi segala letih yang ada.

Lagi letih rasa nye bila keje makan gaji yang keluar pagi balik malam. Cara sal nak convert alasan malas untuk ke class tu senang je, sal cakap dalam diri " kalau aku boleh kerja 12 jam tinggal anak lima hari seminggu, keluar pagi sampai umah malam n dapat gaji 90% bayar hutang, tak kan la aku tak boleh nak korbankan jap masa untuk aku dapat bebas hutang bebas belanja dan bebas masa" biar susah sikit sekarang asalkan kita tak menyusahkan orang lain di masa akan datang.

Nak berjaya PENGORBANAN tu memang perlu. Korban masa, tenaga, wang ringgit dan masa rehat untuk keselesaan kita di hari tua. Biar kita kurang rehat di hari muda, asalkan kita tak melarat di hari tua. Nauzubillah.

Happy malam ni dapat jumpa anak, cucu, cicit, piot dalam bisnez ni tadi. Jumpa ieda rani, iynas omar, syafiq, che dom, nadh, ana, myra n iqa...semoga usaha kami semua terus membuahkan hasil untuk bekalan dunia akhirat. Aamiin.


Wednesday, May 15, 2013

Sabun Marine essence beauty bar and liquid

Atas permintaan ramai sabun marine essence ni baru je melancarkan keluaran terbaru dalam bentuk cecair... kalau sebelum ni sabun marine essence hanya boleh didapati dalam bentuk sabun ketul, tapi kali ni anda berpeluang untuk menikmati keberkesanan sabun ketiak atau sabun hijau ni dalam bentuk cecair yang di pek kan dalam botol 250ml.

Harga sebotol sabun marine essence ni
RM33.00 sahaja

Paling sal teruja dengan kesan sabun ni adalah bila baby sal punye ruam lampin makin hilang lepas tiga hari guna marine essence body wash ni. Sampai lena tido dia tiap kali lepas mandi. Lega kot bila punggung dia tak rasa gatal-gatal dah

Salleha Roslan
011-1631 1641

Berurut selepas bersalin

Berurut lepas bersalin memang dah jadi adat orang melayu dari zaman dulu kala...berurut ni tujuan dia untuk memulihkan urat-urat peranakan kita yang kembang akibat proses melahirkan bayi dan mengembalikan kedudukan asal peranakan kita yang mudah beralih arah lepas bersalin.

Sal masuk hari ke 32 baru dapat berurut...sebab nye tak tau nak cari tukang urut kat2 area saujana utama ni...tetiba teringat pulak kak mas damansara...sal memang selesa dengan kak mas ni, bukan takat boleh urut biasa je service yang ada tapi siap boleh urut untuk orang lepas bersalin sekali... korang jangan tak percaya pulak bila tengok tukang urut yang vouge macam kak mas ni...sambil urut, buat facial treatment n hair treatment client pun kak mas sempat lagi tepek mask ramuan buatan sendiri kat muka dia...patut la awet muda sebab kak mas ni nampak muda 10 tahun dari usia sebenar dia... opssss... bukan muda sebab susuk or botox okay...tapi sebab kak mas rajin jaga kesihatan dia dari muda.

Berurut, ber facial dan ber hair treatment dengan kak mas memang tiptop...service dia terbaik...sal dari dua tahun lepas suka dengan service kak mas ni...sempoi tapi hasil dia superb... uol kalau tercari-cari tukang urut lepas bersalin, boleh la contact sal ye untuk dapatkan no fon kak mas ni. Kak mas ni antara orang berurut lepas bersalin yang boleh datang rumah uol tanpa perlu berambik dan berhantar coz kak mas boleh drive ke lokasi anda.



Salleha roslan
011-1631 1641


Seminar POWER START top leaders circle

Seminar POWER START top leaders circle (TLC) telah diadakan khas untuk new comer yang dah mendaftar di seminar SOHObiz yang lepas.

Bertempat di Dynasty Hotel Kuala Lumpur selama dua hari berturut-turut dan dihadiri ratusan SM dan SSM serata Malaysia.

Tahniah buat semua yang berjaya menepis segala dugaan dan halangan untuk sampai ke majlis ilmu ni...

Walau masih dalam tempoh berpantang 31 hari, semangat untuk datang ke seminar power start ni memang berkobar-kobar sebab dari seminar ni segala topic yang berkaitan bisnez ada dibentangkan...sangat bertuah rasa nye bila dapat peluang hadirkan diri ke seminar ni bersama rakan kongsi yang lain.

Untuk terus berjaya dan tak mudah jatuh, ELMU memang sangat diperlukan..orang yang berilmu biasa nye pasti akan terus bangkit setiap kali di terjah kegagalan...jadi untuk berjaya jangan sesekali menSABOTAJ diri untuk terus menuntut ilmu...ilmu perlu di cari dan bukan nye hanya duduk menadah untuk ilmu sampai pada kita...

Bila banyak alasan untuk mendapatkan ilmu, kegagalan lah yang bakal jadi tetamu.

Friday, May 10, 2013

Agent Sabun marine essence


Memandangkan sal dah tak menang tangan dan kaki nak amik order sabun marine essence yang hot ni sampai kan non stop order masuk thru whatsapp dan fb inbox so, uol yang berminat nak try sabun cerah ketiak yang wangi ni boleh jugak dapatkan dari agent-agent sah yang sal senaraikan ni ye :)

Boleh call, mesej atau whatsapp contact person berikut :

DYNA SALLEH
Agent Melaka
016-2424700

NUZUL
Agent Pahang
017-9448600

SIMAA ROSLAN
Agent Johor
012-6374069

MARDHIYAH
Agent Kedah/Bangi
019-2219189

MYRA
019-3386797

FARHANA
017-9448600

ANI
017-3580013

AFIQAH
013-5944061

Untuk testimoni sabun marine essence boleh ke link ni :
http://www.salleharoslan.com/2013/04/sabun-marine-essence-memang-wangi.html?m=1

Pilihanraya umum Malaysia 2013

Alhamdulillah pilihanraya umum 2013 telah pun berlangsung dengan aman nye di kawasan desa aman puri iaitu tempat sal melaksanakan kewajiban sebagai rakyat malausia yang menentukan masa depan negara untuk kemakmuran generasi pelapis yang akan datang...

Excited sebab 1st time nak mengundi kan...so pukul 5 pagi lagi dah bangun bersiap...tu pun sebab my cute lil hero DANISH yang kejutkan...danish ni memang suka bangun pagi so lepas ni mudahlah mama n ayah nak bangun solat di awal waktu :)

Walau still dalam pantang pada hari ke 25 tapi tu tak jadi penghalang untuk sal jalankan tanggungjawab pada agama, bangsa dan negara...

Yang best nye bila kita beraura positif, anak-anak pun akan follow untuk serap aura positif bila mana damia n danisha pun turut bangun awal pagi then mandi, gosok gigi n siap2 berbaju...:D

Sampai je tempat mengundi di sekolah kebangsaan desa aman puri, masyaAllah punye la bersusun kereta dan panjang tak hingat warganegara malaysia ni beratur di awal pagi untuk membuang undi...yang tak tahan tu, sebab kan jem sangat2 nak ke kawasan ngundi so i decide utk keluar kereta dan jalan kaki je..nak tunggu untuk kereta betul-betul dapat parking memang berjam lagi la...so, menapak la mak yang dalam pantang ni naik bukit dan mula beraratur dalam barisan yang panjang :')

Dalam dua jam menunggu dengan penuh sabar barulah dapat masuk ke bilik undi...i love malaysia n i really love islam sebab tu dengan penuh semangat walau jalan tak boleh nak laju2 tapi demi masa depan pewaris-pewaris ku, mama gagahkan jugak diri untuk memangkah calon yang berwibawa untuk mengekalkan kemajuan malaysia dan memartabatkan islam dalam kehidupan seharian.

heheee...semangat kan anak beranak ni bangun pagi nak keluar mengundi.


saya pemangkah dun paya jaras dan parlimen subang ;) 


Panjang kan que.............ada lagi 500 meter ni nak ke pusat undi.




Padat betul penduduk desa aman puri ni...adalah dalam 5000 orang yang keluar mengundi kat sini kali ni. Semua nye sebab ramai pengundi baru tahun ni. 


Mama yang beratur panjang, diorang pulak yang lebih-lebih lapar. sebenar nye bukan apa, diorg ajak pegi mcd ni sebab nak main playground je.


Balik rumah sambung baring depan tv tengok cite favret diorang TANAH KUBUR...penuh keinsafan kan muka masing-masing..heheee.


Best nye la hai dok umah bergolek-golek dengan anak-anak ;)