Tuesday, April 2, 2013

38 weeks pregnant mama : Tanda-tanda nak bersalin

pejam celik Alhamdulillah usia kandungan sal minggu ni dah masuk 38  minggu...means ada lagi 2-3 minggu lagi untuk jadi tetamu pada labor room hospital bersalin..huhuu..walau hamil kali ketiga sekali pun perasaan seram sejuk nak tunggu saat-saat melahirkan tu tetap ada.

Terbayang-bayang pengalaman bersalin kali pertama dan kedua dulu
. Semoga kali ketiga ni makin dipermudahkan proses kelahiran dan dikurangkan tanggungan sakit waktu bersalin tu hendak Nye.

Waktu bersalin damia, masuk labor room kul 5.30 pagi, then bersalin pukul 7.10 pagi ngam-ngam waktu orang tengah takbir pagi syawal.

Second time pulak tahun 2009 waktu bersalin danisha paling best sebab sampai hospital je jalan dah buka sampai 6cm so terus pukul 9 pagi tu masuk labor room dan kul 10 pagi danisha dah selamat dilahirkan ;)


Dah hujung-hujung nak bersalin ni nafsu makan memang akan menjadi-jadikan...kerja kita asyik nak makan je...macam sal sendiri asal setengah jam je mula la rasa lapar..dah lapar mula lah nak mengunyah something.

Buat yang ada masalah kesihatan sewaktu hamil memang nak tak nak kena la control sikit selera makan tu kan...boleh je makan tapi pastikan makan makanan yang berkhasiat dan membekalkan kabohidrat pada kita dan bayi. Lagi pulak nanti kot-kot nak terberanak at least adalah jugak tenaga yang banyak untuk push baby keluar.



Ni waktu jalan-jalan cari makan kat rumah simaa roslan my lil sis yang baru je kawin tu...simaa ada buat makan-makan untuk we ols sekeluarga...so after makan sempat la jugak kitorg anak beranak skali dengan anak buah yang baju pink tu untuk berposing ;)



My baby sayang!
(ni gambar scan masa 33 weeks pregnant)

Tak sabar dah nak tunggu baby keluar ni. Waktu scan doctor cakap baby ni sangat lah active bergerak dan posisi dia dalam perut memang suka duduk menonggeng..hehee..sebab tu nampak tajam ke depan je perut mama.


Masuk 38 minggu ni waktu check up dah jadi seminggu sekali.
Time ni pergi dr wan ratna cuti pulak, so replace with dato' dr zarul. Memang sangat tetliti dr zarul ni dalam pemeriksaan pesakit dan dr zarul ni actually antara doctor paling glamer kat putra medical centre ni...
 Hari ni tetiba sal kena buat test untuk white discharge untuk nak tau tahap keputihan waktu pregnant ni normal atau tak coz untuk persediaan jangan sampai baby dapat jangkitan. Tapi yang buatkan ujian white discharge tu staff nurse perempuan la kan...kalau tak segan jugak sal.

Waktu scan pun dr zarul memang teliti. Once again he show us the bebird and tel*r baby.

Baby punye kedudukan Alhamdulillah memang dah cantik ke bawah dan plasenta pun duduk kat tempat yang sepatut nye.

Berat baby pun almost 3kg and berat mama almost 64kg.


The latest scan.


Huhuu...muncung sesangat kan perut ni???
38 weeks pregnant mama punye perut ;)


Charge rawatan untuk minggu ni antara yang terendah.
huhuu.. tak de ubat apa pun tapi maybe sebab ada test untuk white discharge kan so RM122.00 untuk bill hari ni. Next week kena datang lagi...biasalah dah hujung waktu ni memang nak kena kerap jumpa doctor..so just follow je la ye apa yang doctor arahkan..jangan nak malas-malas sebab semua ni pun untuk kebaikan diri dan keselamatan bayi jugak.


Actually bila tengok balik bil-bil bayaran setiap dua minggu sekali ke PMC ni, rasa sebak sangat...!!!

Sebak sebab tak pernah termimpi pun yang Allah akan bagi rezeki sampai macam ni sekali untuk mudahkan urusan sal, suami dan anak-anak untuk merasai zon yang lebih selesa dari hari ke hari.

Teringat waktu mengandung damia ngan danisha dulu...memang life kitorang tak keruan...duit tak pernah cukup...asal sampai waktu untuk check up di HUKM je kitorg dah susah hati sebab selalu nye waktu rawatan memang jatuh pada waktu tengah bulan iaitu waktu tak bergaji...

Bayangkan lah, HUKM tu semi government hospital, so memang akan ada charge bayaran setiap kali appointment...at least untuk scan, ubat dan rawatan thyroid sal memang perlu kan beberapa RM sebab sal dan husband bukan nye kerja di bawah syarikat yang menanggung kos rawatan perubatan kami pun... segala rawatan perubatan 100% kami yang perlu keluarkan duit sendiri...

Pernah satu tahap tu, time dipanggil untuk buat bayaran kat counter bayaran, kitorg tak cukup duit...sebab bawa duit ngam-ngam dan tak de saving pun yang boleh kitorg keluarkan dari ATM masa tu...sedih tak hingat masa tu...ke hulu ke hilir kitorg dok fikirkan mana lah nak korek duit ni...tak kan nak bagi tau counter bayaran tu yang kitorang tak de duit pulak kan... korang boleh imagine tak betapa kritikal nye masalah kewangan kitorg masa tu sampaikan nak bayar bil hospital kerajaan pun kitorg tak de duit...!!! ;')

Maybe staff counter bayaran tu perasan kot kitorg tengah bermasalah masa tu, terus dia datang kat sal dan offer untuk settlekan dulu bil hospital tu.......Ya Allah...!!! Time tu dengan muka setebal tembok china kitorang terima je bantuan dari staff tersebut... time tu jugak rasa malu semua letak tepi dah... memang terdesak sangat sebab nak minta tolong siapa lagi kan... kawan-kawan??? adik-beradik??? sedara mara??? Nak tak nak accept je la pertolongan ni... 

Then the next two weeks datang balik hospital, sal jumpa n bayar balik duit yang staff tu dah pinjam kan...besar sungguh jasa akak counter HUKM tu walau amount bayaran untuk bil waktu tu tak de la sebesar mana pun, tapi huluran yang dia berikan tu hanya Allah SWT je yang dapat membalas nye sebab prihatin dengan nasib kami yang tak reti berusaha waktu selesa la konon dulu tu ;')

sob sob sobbb...
Sedih gilerrrr bila ingat balik kisah tak cukup duit ni. Huwaaaaaa ;')
Memang duit bukan segala nye tapi segala nye perlukan duit.
Memang duit tak dapat beli kebahagiaan dan kegembiraan...tapi dengan duit kita boleh beli dan dapatkan sesuatu yang buat kita gembira dan dalam masa yang sama dengan duit, sikit sebanyak kita dapat buat orang lain gembira.

Alhamdulillah keselesaan hari ni yang Allah bagi sal nikmati dengan penuh rasa syukur walau masih belum menjadi JUTAWAN sekali pun, tapi at least hasil usaha yang dilakukan, rezeki makin hari makin melimpah ruah... perubahan demi perubahan makin dirasai... dan In shaa Allah segala kesusahan dan kegelapan masa lampau akan sal jadikan pengalaman hidup yang cukup berharga...dari kesusahan dan kegagalan la kita dapat belajar untuk improve dan upgrade diri untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik lagi...

Buangkan tabiat yang suka Berharap...
harap naik gaji???
harap banyak lagi subsidi???
semua ni jangan harap lah untuk kita perolehi kalau diri sendiri asik goyang kaki.

Gaji memang naik, tapi jangan lupa harga barang dan komitment hidup jugak makin naik. yang tak de anak lagi jangan fikir kita boleh kekal selesa selamanye kalau terus kekal dengan life biasa-biasa seperti apa yang kita lalui sekarang ni. Cuba keluar dari zon selesa...cari perubahan untuk upgrade saving dan kualiti hidup kita ;)




sorry la ye...sambung balik bab ngandung dan bersalin ni ;)

Okies dah masuk 38 minggu ni anytime je dah boleh buat persediaan untuk bersalin kan...
dan during this time i really don't like when people keep asking me:

"BILA NAK MELETOP???"
"Ehhh..ehhh...tak bersalin lagi"
"Ehhh..kerja lagi ke..ingatkan tak datang ofis dah"

kalau lah sal tau bila boleh bersalin kan senang je nak jawab semua soalan korang tu! DAN korang ingat ibu-ibu hamil ni semua perut diorg macam belon ke senang-senang je nak letopkan


Ni la antara tanda nak bersalin dah:


1. Show
Ni merupakan tanda awal bersalin. 
Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika ada tanda ni, tak yah lah tergesa-gesa nak ke hospital. Sebab tanda ni biasa nye ambik masa hampir beberapa hari sebelum kita akan melalui proses kontraksi sebenar yang memulas-mulas kan pinggang dan perut...huhuu ;')

2. Kontraksi
Kontraksi ni makna nye bila perut kita akan menegang setiap 10 minit.
 Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya memang konsisten, kerap dan bertambah kuat dari masa ke semasa. 
Bila melalui kontraksi macam ni, dah memang nak kena cecepat ke hospital untuk dapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (contoh kita rasa kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi ye kawan-kawan ;)

3. Air ketuban pecah
Biasanye keadaan macam ni berlaku bila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak.
 Perlu diperhatikan, air yang keluar mestilah jernih dan tak berwarna. Tapi, kalau air tu berwarna hijau, tu tandanye baby dah pun membuang air besar ketika masih dalam kandungan. Bila alami tanda macam ni, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman...Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tak, untuk pengetahuan ibu-ibu sekalian, air ketuban keluar tanpa kita mengalami rasa nak membuang air kecil.
 Amaran!!!
Walaupun ketiga-tiga tanda ni merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu bergerak sekurang-kurangnya 10 kali gerakan. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tak mengalami tanda awal bersalin.

15 comments:

  1. Skrang sy bru trasa susah mcm awk rasa dulu2..skrang sy pon prgnt ank ke3..dh 38weeks jgk...tp sy redho sgala yg blku...insyalllah akn ada hikmahnya nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear...tq sudi singgah blog sal ;)
      in shaa Allah segala urusan awk pasti akan dipermudahkan..memang benar, setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknye...kita just think positif dan beroda sungguh2 semoga segalanye akan berjalan lancar.

      Delete
  2. Ni email sy sarah_asy@yahoo.com. .klu sudi cri la d fb

    ReplyDelete
  3. seronok baca..singgah di blog awak..jemput dtg..:-)

    ReplyDelete
  4. Kalau ade side income mng best..x yah pening2 pkir psl.duit huhu

    ReplyDelete
  5. I've without a doubt proclaimed that I'm executing this convention now I'm going to go into my m record and I'mgonna execute just that one technique it's an occurrence system as per the documentations its Vogt it's called ready perspective I Colin and now I need to pass it's are somewhat need to pronounce in precisely the same way so release me ahead and do you I we should feel free to simply duplicate/glue let's.
    http://training4certification.com/
    http://10tips4passing.com/
    http://passexams4only.com/
    http://guide2passing.com/
    http://braindumps4certification.com/
    http://reliableitdumps.com/
    http://getalllatestdumps.com/
    http://certification4exams.com/
    http://pass2dumps.com/
    http://braindumpsfacts.com/

    ReplyDelete
  6. While the scientific studies supporting the benefits of some of the suspects, it should be noted that many of the statements attributed to a variety officially due to be tested and the results have been mixed in studies.

    https://trynuevitality.wordpress.com/

    https://brainhealtheffects.wordpress.com/

    https://brainfocusblog.wordpress.com/

    https://synapsylbrainbooster.wordpress.com

    ReplyDelete
  7. Noida packers and movers @ http://www.noidapackers.co.in/

    http://delhipackersmovers.asia/ @ Delhi packers and movers
    http://b2bad.in/Packers-and-Movers-in-Delhi/ @ Delhi packers and movers

    ReplyDelete
  8. be merely taken away suitable for coping with they will in a really unnecessary tactic, without necessity of genuinely breathtaking with all the critical driver driving a car their very own beginning.



    https://torecognizeredflagsnbestscratchgames.wordpress.com

    https://heartattacksandhearthealthafter45.wordpress.com

    https://bestvaginallubricantsafter50.wordpress.com

    https://staystrongandhealthyafter45.wordpress.com

    https://whattoeatatmidlifeblog.wordpress.com

    https://onlinedatingforwomen45.wordpress.com

    https://whattoeatatmidlife.wordpress.com

    https://depressionafter45.wordpress.com

    https://naturallubricationofthevagina.wordpress.com

    ReplyDelete
  9. Various meals without having significant understand: miso (fermented soybean paste); Culturelle Probiotic ; sauerkraut; more aged brand-new parmesan dairy; sourdough loaf with regards to bakery; poisonous pickles; gundruk (nonsalted, fermented, jointly along with acidic vegetable product); sinki (indigenous fermented radish destroy ground food); khalpi (fermented cucumber); inziangsang (traditional fermented leafy vegetable issues combined with firms well prepared by means of mustard leaves);


    http://myfitnessherbs.com/culturelle-probiotic

    ReplyDelete
  10. If you have some friends, family or your office colleague who has moved before ask for that packer you can easily land us in a situation where you do not know anything about the packers and movers and they con you.

    Packers and Movers in Jaipur
    Packers and Movers in Faridabad
    Packers and Movers in Delhi
    Packers and Movers in Ghaziabad
    Packers and Movers in Noida

    ReplyDelete