Monday, April 29, 2013

Berpantang dengan premium beautiful

Alhamdulillah seperti dua proses lepas melahirkan damia dan danisha yang dulu, kali ketiga ni pun syukur sangat bila Allah kurniakan nikmat sihat dan cergas sepanjang tempoh berpantang selama 19 hari ni...

-No more pening-pening
-Hilang sakit pinggang dan lenguh belakang
-Angin badan pun rasa nye puas dah di tolak minggu pertama lepas bersalin tu
-darah nifas dan air bisa badan pun lancar je keluar
-tak de sembelit
-susu badan pun Alhamdulillah coz kali ni merasa jugak apa tu bengkak susu.

Masuk tiga minggu berpantang dengan bra dan bengkung premium beautiful memang TERBAIK! Badan cepat je kembali ke bentuk asal. Seriusssss......PB memang set bersalin terbaik...berbaloi invest beribu untuk nikmat sihat dan penuh keyakinan.

Untuk girdle premium beautiful pulak sal still tak berani lagi nak pakai sebab terbayang-bayang kesan luka di gunting kat anus tu...huhuu...tunggu la seminggu dua lagi baru confident nak sarung girdle pb ;)

Dah pakai girdle in shaa Allah lagi cepat luka dalam dan peranakan nak sembuh sepenuhnye...dan hope dapat membantu tulang sulbi di punggung ku yang agak lenguh akibat proses meneran baby hari tu.

Uol nak cuba PREMIUM BEAUTIFUL...???
Salleha Roslan
011-1631 1641

Friday, April 26, 2013

Sabun marine essence liquid & shampoo marine essence

Phewww...berpeluh dahi dok reply whatsapp n inbox clients tentang sabun marine essence ni...hampir sebulan sabun ketiak yang wangi harum ni out of stock satu Malaysia!

Akhir nye hari ni dengan rasmi nye diperkenalkan sabun marine essence dalam bentuk cecair...wahhhh gitu...cecair pulak...confirm lagi huru hara la inbox sal ;)

Uol yang nak order cepat-cepat contact sal ye coz product berasaskan GARAM BULOH ni memang cepat je sold out.

Saturday, April 20, 2013

Pengalaman bersalin : My 3rd baby

Jom sal share kan kisah pengalaman bersalin kali ketiga ni.
Huhuuu..walau dah pernah dua kali meneran pun neves tu tetap ada. sebab sakit bersalin ni memang kita akan rasa. Huwaaaa ;')

Apa pun muka tetap kena legend okay. Nikmat bersalin ni tak semua orang akan dapat. jadi kita yang berpeluang lalui nye harus bersyukur sebab segala kesakitan yang ditanggung ibu-ibu yang melahirkan anak ni tak ternilai ganjaran pahala nye. Best kan jadi pompuan ni, memang senang nak dapat syurga bila try the best untuk jadi wanita solehah. Melalui sakit bersalin tu in shaa Allah boleh terhapus dosa-dosa kita.


Masuk ward kul 3pagi, 
After CTG dan check jalan dah buka 6cm, nurse terus on call doctor wan ratna untuk segera datang ke hospital coz sal dah mention kat diorg yang sal ni jenis bila jalan dah 6 cm tu maknanye lagi sejam ke sejam setengah memang akan bersalin.


Still 6-7 cm ni boleh handle lagi sakit perut n pinggang tu.
Then kul 4.15 nurse suruh siap2 kencing tapi dia pesan jangan buang air besar sebab jalan dah besar...nasib baik style sal ni before ke hospital mesti dah clearkan siap2 usus besar tu so tak de la gelisah sangat bila masuk wad bersalin nanti...kira boleh la focus untuk tahan sakit nak branak tu je.
masuk ke labor room dah mula dah sakit makin kuat...pas drip air tangan untuk kecutkan rahim tu masuk je dalam badan lagi kuat la sakit tu datang...husband la jadi tukang urut blakang tiap kali rasa sakit datang menyinggah...

Yang tak branak lagi tu meh sal bagi tau...sakit dia ya Allah...rasa pinggang tu macam di pulas-pulas, perut rasa macam nak pecah, n punggung pulak macam nak terkeluar buasir dibuatnye...huhuu...sampai kan en hubby pulak yang gelisah tengok si isteri gagah tahan kesakitan yang dia sendiri tak sanggup nak lalui...walau sejam jugak la nak tunggu 10cm tu tapi sejam tu rasa macam setahun la pulak...

Ngam-ngam jalan buka 10cm dr ratna pun sampai ke labor room n sal sendiri tak sabar nak meneran dah...part meneran ni memang agak ngeri sket la n still terbayang bayang sampai sekarang detik meneran tu...
4-5 kali push tapi still tak berjaya...tekak pun dah haus tak ingat punye...untuk lancarkan supaya baby keluar,nurse pun bagi la air suh minum sket je tapi sal minum kasi abis satu kole...hehee...nampak dah muka doctor n nurse dok berpandangan antara satu sama lain...dalam hati sal 'lantak la aku dah haus ni'

Pas minum sambung balik meneran...doc suh push macam kena sembelit. Puas teran tapi sebab lebih teran gunakan muka so amik ko, doctor decide guna vacuum pulak...dengar nak kena vacuum terus dalam hati cakap 'abis la aku, banyak la kena jahit jap lagi' dan memang betul pun...dua kali kena sedut kepala baby n dua kali bunyi "krak krakkk" anus kena gunting...huwaaaa...time ni sakit baby nak kuar melebihi sakit kena gunting hidup hidup...tapi before kena vacuum tu doctor ratna dah bius dulu dah siap-siap...

Tak sampai 3 minit process vacuum nampak dah kepala bb mula keluar dan pelan-pelan dr ratna tarik leher baby bagi keluar semua badan...
Terus legaaaaaa sangar rasa bila baby comel putih gebu keluar terkbil-kebil duduk atas dada...Alhamdulillah!!! Berbaloi sakit yang sal dapat bila Allah anugerahkan anak yang sihat sempurna dan bakal jadi khalifah dan pewaris untuk kami dunia akhirat...syukur sangat...after thar terus doctor suh husband potong tali pusat baby dan follow nurse untuk azan kan putera comel kami.
Lepas tu dr ratna terus keluarkan uri dan lepas uri keluar je terus sal tak sedar apa-apa dah...tau-tau je lepas dua jam bangun dari pengsan semua dah siap...ni first time experience anus di jahit dalam keadaan diri di pengsankan...best jugak sebab tak de la kita rasa ngilu ke apa bila doctor menjait part tu kan ;)

Alhamdulillah...lahirlah putera pertama kami ke dunia.
terkebil-kebil mata dia tengok mama. Dan satu persatu jari halus di buka.


After sedar dari pengsan (rasa nye dua jam juga lah dipengsankan) terus sal request doctor bawa masuk baby untuk disusukan.
excited nak nak breastfeed baby kali ni.


Thanks to doctor wan ratna iza kerana bersungguh-sungguh membantu dalam proses kelahiran sal kali ni.


Buat uol yang terfikir sama ada nak bersalin di putra medical centre ni dengan doctor zarul or doctor ratna, itu terpulang pada diri masing-masing. Dua-dua pun bagi sal bagus. Cuma kelebihan kita bila berkemampuan untuk memilih doktor ni baik kita dulukan doktor wanita untuk menyambut kelahiran bayi kita nanti. 




Tuesday, April 16, 2013

Pengalaman bersalin

Alhamdulillah sal selamat melahirkan newborn baby boy jam 5.26 pagi pada 10 April lepas...

Fuhhhh...lega tak terkata bila baby selamat meraung duduk dalam dakapan sebaik je dikeluarkan...hilang segala perit jerih selama proses kontraksi berlaku.

Jom la sal share kan detik-detik macam mana sebelum rasa nak beranak tu muncul menyengat2...

After balik makan besar dengan husband n damia danisha hari selasa 9 April tu, terus terlelap...then kul 12 lebih terjaga sebab rasa sakit senggugut tu datang menyengat...ingatkan sakit macam selalu tu je...sebab sal dari 6 bulan da ada rasa sakit-sakit senggugut ni. Kira ingtkan tu false alarm la sebab dah selalu sangat kena braxton hicks yg sesekali menyucuk pinggang.

Tapi bila masuk kul 1.30 pagi tu dah rasa memang sakit nak bersalin ni sebab jap-jap 15-10minit je boleh tahan sakit pinggang yang datang tu...then dia makin kerap pulak selang 5 minit dan sakit tu pulak mengeras dalam 40 saat sekali gerak...pastu gi la toilet buang air besar n kecik sebab memang dah jadi habit untuk mandi n buang air siap-siap before gi hospital...pas kuar toilet check kat towel memang ada darah sket..so memang confirm la dah nak bersalin ni.

Pastu slow-slow kejut hubby minta standby buka gate bagai dan kemaskan barang damia danisha untuk sama-sama ke PMC jap lagi...
Kul 2 pagi gerak pelan-pelan dari umah ke putra medical centre...husband drive dalam 30-40 km/j je sbb kalau terhentak sepanjang perjalanan tu rasa sakit la pulak perut ni...

Kalau ikutkan 15 minit dah boleh sampai PMC tapi sebab kena drive slow2 so jadi 35minit la pulak..huhuu...

Sampai je putra medical centre staff diorg dah sambut dan tekanan darah diperiksa...dari tekanan darah memang ada contraction nak bersalin...so kul 3.30 pagi tu terus attendance PMC tu sorong naik wheelchair masuk ke ward.
Masuk ward check jantung n kekuatan kontraksi tu dulu...pas tu datang nurse untuk check jalan...alhamdulillah tak yah tunggu lama untuk ke wad bersalin pulak sebab jalan dah buka almost 6-7cm...

Oh dearie...mata sal tak tahan ngantuk sangat ni...nak tido dulu la boleh kan? Sbb mmg mengantuk sangat ni...in shaa Allah sal sambung pengalaman bersalin ni kasi abis nanti... ;)

Tunggu.....



ni la dia muka mak yong di malam hari terakhir sebelum beranak ;)


 Nasib baik sempat merasa makan steambot ni.


Bukan mak yong je yang berselera makan tapi Damia n danisha pun berselera makan sama.


Ni la dia kul 3 pagi sebelum nak di bawa masuk ward wajib bayar deposit RMx,xxx.xx dulu. Kalau tak sila la beranak di depan pintu ni je ye...huhuuu...


Dalam ni ada shampoo sabun ubat gigi bagai.


Fuhhhhh lenguh pinggang nak tunggu detik 10 cm tu terbuka. Alhamdulillah sekejap je dari 7 cm nak ke 10 cm tu.



ni kisah sambungan pengalaman bersalin sal





Monday, April 8, 2013

Pendaftaran untuk Seminar SOHOBiz 2013


Org yang berjaya adalah orang yang berani amik tahu apa yang orang gagal tak
nak tau…

Ramai yang teringin nak ada extra income bulanan kan…???
Teringin nak keluar dari belenggu hari ni gaji, esok akaun dah clear habis
bayar hutang…???
Tengah bulan poket kering kontang???

Tapi, tak ramai yang tau kaedah berkesan untuk jadikan extra income tu
sebagai main income kan??? So, pegumuman ni khas buat semua yang belum
bebas dari masalah hutang piutang lagi dan terbuka juga pada 
terbuka kepada semua rakyat Malaysia 
yang berminat nak ada bisnes sendiri, 
berani berniaga, nak ada side-income, work from home etc...

Ia adalah PERCUMA…!!! 
Pendaftaran adalah melalui jemputan, jadi boleh la uol cepat-cepat contact sal
untuk dapatkan confirmkan kehadiran uol nanti ye.

Tarikh : 13 april 2013 (Sabtu)
Tempat : The Royal Lake club, tasik perdana.

Jangan ketinggalan untuk dapatkan perkongsian hebat tentang cara-cara berkesan 
untuk buat duit melaluiSOHObiz (small office home office)…

Antara speaker yang bakal berkongsi
dengan kita semua adalah multi-jutawan IRFAN KHAIRI dan seorang lagi
adalah surirumah sepenuh masa yang bermula dengan ‘0’ je tapi sekarang
beliau adalah "icon SOHONISTA Malaysia"
dan menjana jualan melebihi 15 juta hanya dengan menggunakan teknik yang
berkesan dan meninggalkan kesan sepanjang hayat ;)

Elmu PERCUMA buat semua yang memang tengah mencari peluang kukuhkan
kewangan…tempat sangat terhad!!!!! So cepat2 inbox or whatsapp sal untuk
confirmkan seat uol ye






salleha roslan
011-1631 1641 (Whatsapp/call)



Tuesday, April 2, 2013

38 weeks pregnant mama : Tanda-tanda nak bersalin

pejam celik Alhamdulillah usia kandungan sal minggu ni dah masuk 38  minggu...means ada lagi 2-3 minggu lagi untuk jadi tetamu pada labor room hospital bersalin..huhuu..walau hamil kali ketiga sekali pun perasaan seram sejuk nak tunggu saat-saat melahirkan tu tetap ada.

Terbayang-bayang pengalaman bersalin kali pertama dan kedua dulu
. Semoga kali ketiga ni makin dipermudahkan proses kelahiran dan dikurangkan tanggungan sakit waktu bersalin tu hendak Nye.

Waktu bersalin damia, masuk labor room kul 5.30 pagi, then bersalin pukul 7.10 pagi ngam-ngam waktu orang tengah takbir pagi syawal.

Second time pulak tahun 2009 waktu bersalin danisha paling best sebab sampai hospital je jalan dah buka sampai 6cm so terus pukul 9 pagi tu masuk labor room dan kul 10 pagi danisha dah selamat dilahirkan ;)


Dah hujung-hujung nak bersalin ni nafsu makan memang akan menjadi-jadikan...kerja kita asyik nak makan je...macam sal sendiri asal setengah jam je mula la rasa lapar..dah lapar mula lah nak mengunyah something.

Buat yang ada masalah kesihatan sewaktu hamil memang nak tak nak kena la control sikit selera makan tu kan...boleh je makan tapi pastikan makan makanan yang berkhasiat dan membekalkan kabohidrat pada kita dan bayi. Lagi pulak nanti kot-kot nak terberanak at least adalah jugak tenaga yang banyak untuk push baby keluar.



Ni waktu jalan-jalan cari makan kat rumah simaa roslan my lil sis yang baru je kawin tu...simaa ada buat makan-makan untuk we ols sekeluarga...so after makan sempat la jugak kitorg anak beranak skali dengan anak buah yang baju pink tu untuk berposing ;)



My baby sayang!
(ni gambar scan masa 33 weeks pregnant)

Tak sabar dah nak tunggu baby keluar ni. Waktu scan doctor cakap baby ni sangat lah active bergerak dan posisi dia dalam perut memang suka duduk menonggeng..hehee..sebab tu nampak tajam ke depan je perut mama.


Masuk 38 minggu ni waktu check up dah jadi seminggu sekali.
Time ni pergi dr wan ratna cuti pulak, so replace with dato' dr zarul. Memang sangat tetliti dr zarul ni dalam pemeriksaan pesakit dan dr zarul ni actually antara doctor paling glamer kat putra medical centre ni...
 Hari ni tetiba sal kena buat test untuk white discharge untuk nak tau tahap keputihan waktu pregnant ni normal atau tak coz untuk persediaan jangan sampai baby dapat jangkitan. Tapi yang buatkan ujian white discharge tu staff nurse perempuan la kan...kalau tak segan jugak sal.

Waktu scan pun dr zarul memang teliti. Once again he show us the bebird and tel*r baby.

Baby punye kedudukan Alhamdulillah memang dah cantik ke bawah dan plasenta pun duduk kat tempat yang sepatut nye.

Berat baby pun almost 3kg and berat mama almost 64kg.


The latest scan.


Huhuu...muncung sesangat kan perut ni???
38 weeks pregnant mama punye perut ;)


Charge rawatan untuk minggu ni antara yang terendah.
huhuu.. tak de ubat apa pun tapi maybe sebab ada test untuk white discharge kan so RM122.00 untuk bill hari ni. Next week kena datang lagi...biasalah dah hujung waktu ni memang nak kena kerap jumpa doctor..so just follow je la ye apa yang doctor arahkan..jangan nak malas-malas sebab semua ni pun untuk kebaikan diri dan keselamatan bayi jugak.


Actually bila tengok balik bil-bil bayaran setiap dua minggu sekali ke PMC ni, rasa sebak sangat...!!!

Sebak sebab tak pernah termimpi pun yang Allah akan bagi rezeki sampai macam ni sekali untuk mudahkan urusan sal, suami dan anak-anak untuk merasai zon yang lebih selesa dari hari ke hari.

Teringat waktu mengandung damia ngan danisha dulu...memang life kitorang tak keruan...duit tak pernah cukup...asal sampai waktu untuk check up di HUKM je kitorg dah susah hati sebab selalu nye waktu rawatan memang jatuh pada waktu tengah bulan iaitu waktu tak bergaji...

Bayangkan lah, HUKM tu semi government hospital, so memang akan ada charge bayaran setiap kali appointment...at least untuk scan, ubat dan rawatan thyroid sal memang perlu kan beberapa RM sebab sal dan husband bukan nye kerja di bawah syarikat yang menanggung kos rawatan perubatan kami pun... segala rawatan perubatan 100% kami yang perlu keluarkan duit sendiri...

Pernah satu tahap tu, time dipanggil untuk buat bayaran kat counter bayaran, kitorg tak cukup duit...sebab bawa duit ngam-ngam dan tak de saving pun yang boleh kitorg keluarkan dari ATM masa tu...sedih tak hingat masa tu...ke hulu ke hilir kitorg dok fikirkan mana lah nak korek duit ni...tak kan nak bagi tau counter bayaran tu yang kitorang tak de duit pulak kan... korang boleh imagine tak betapa kritikal nye masalah kewangan kitorg masa tu sampaikan nak bayar bil hospital kerajaan pun kitorg tak de duit...!!! ;')

Maybe staff counter bayaran tu perasan kot kitorg tengah bermasalah masa tu, terus dia datang kat sal dan offer untuk settlekan dulu bil hospital tu.......Ya Allah...!!! Time tu dengan muka setebal tembok china kitorang terima je bantuan dari staff tersebut... time tu jugak rasa malu semua letak tepi dah... memang terdesak sangat sebab nak minta tolong siapa lagi kan... kawan-kawan??? adik-beradik??? sedara mara??? Nak tak nak accept je la pertolongan ni... 

Then the next two weeks datang balik hospital, sal jumpa n bayar balik duit yang staff tu dah pinjam kan...besar sungguh jasa akak counter HUKM tu walau amount bayaran untuk bil waktu tu tak de la sebesar mana pun, tapi huluran yang dia berikan tu hanya Allah SWT je yang dapat membalas nye sebab prihatin dengan nasib kami yang tak reti berusaha waktu selesa la konon dulu tu ;')

sob sob sobbb...
Sedih gilerrrr bila ingat balik kisah tak cukup duit ni. Huwaaaaaa ;')
Memang duit bukan segala nye tapi segala nye perlukan duit.
Memang duit tak dapat beli kebahagiaan dan kegembiraan...tapi dengan duit kita boleh beli dan dapatkan sesuatu yang buat kita gembira dan dalam masa yang sama dengan duit, sikit sebanyak kita dapat buat orang lain gembira.

Alhamdulillah keselesaan hari ni yang Allah bagi sal nikmati dengan penuh rasa syukur walau masih belum menjadi JUTAWAN sekali pun, tapi at least hasil usaha yang dilakukan, rezeki makin hari makin melimpah ruah... perubahan demi perubahan makin dirasai... dan In shaa Allah segala kesusahan dan kegelapan masa lampau akan sal jadikan pengalaman hidup yang cukup berharga...dari kesusahan dan kegagalan la kita dapat belajar untuk improve dan upgrade diri untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik lagi...

Buangkan tabiat yang suka Berharap...
harap naik gaji???
harap banyak lagi subsidi???
semua ni jangan harap lah untuk kita perolehi kalau diri sendiri asik goyang kaki.

Gaji memang naik, tapi jangan lupa harga barang dan komitment hidup jugak makin naik. yang tak de anak lagi jangan fikir kita boleh kekal selesa selamanye kalau terus kekal dengan life biasa-biasa seperti apa yang kita lalui sekarang ni. Cuba keluar dari zon selesa...cari perubahan untuk upgrade saving dan kualiti hidup kita ;)




sorry la ye...sambung balik bab ngandung dan bersalin ni ;)

Okies dah masuk 38 minggu ni anytime je dah boleh buat persediaan untuk bersalin kan...
dan during this time i really don't like when people keep asking me:

"BILA NAK MELETOP???"
"Ehhh..ehhh...tak bersalin lagi"
"Ehhh..kerja lagi ke..ingatkan tak datang ofis dah"

kalau lah sal tau bila boleh bersalin kan senang je nak jawab semua soalan korang tu! DAN korang ingat ibu-ibu hamil ni semua perut diorg macam belon ke senang-senang je nak letopkan


Ni la antara tanda nak bersalin dah:


1. Show
Ni merupakan tanda awal bersalin. 
Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika ada tanda ni, tak yah lah tergesa-gesa nak ke hospital. Sebab tanda ni biasa nye ambik masa hampir beberapa hari sebelum kita akan melalui proses kontraksi sebenar yang memulas-mulas kan pinggang dan perut...huhuu ;')

2. Kontraksi
Kontraksi ni makna nye bila perut kita akan menegang setiap 10 minit.
 Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya memang konsisten, kerap dan bertambah kuat dari masa ke semasa. 
Bila melalui kontraksi macam ni, dah memang nak kena cecepat ke hospital untuk dapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (contoh kita rasa kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi ye kawan-kawan ;)

3. Air ketuban pecah
Biasanye keadaan macam ni berlaku bila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak.
 Perlu diperhatikan, air yang keluar mestilah jernih dan tak berwarna. Tapi, kalau air tu berwarna hijau, tu tandanye baby dah pun membuang air besar ketika masih dalam kandungan. Bila alami tanda macam ni, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman...Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tak, untuk pengetahuan ibu-ibu sekalian, air ketuban keluar tanpa kita mengalami rasa nak membuang air kecil.
 Amaran!!!
Walaupun ketiga-tiga tanda ni merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu bergerak sekurang-kurangnya 10 kali gerakan. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tak mengalami tanda awal bersalin.

Monday, April 1, 2013

sabun marine essence memang wangi

Nak share dengan readers semua some of testimonial dari client tentang sabun ketiak @ sabun marine essence ni.

rata-rata cakap sabun ni memang menyengat hidung...bukan menyengat sebab bau tengit ye...tapi sebab WANGI tak terkata...rasa segar je bila bau aromaterapi sabun marine essence ni tau ;)

selain wangi, banyak pulak tu kegunaan sabun ni...antara nye :

# cerahkan ketiak dan celah-celah badan kita yang gelap.
# hilangkan daki dan kesan gelap kat leher, siku, lutut dan buku lali.
# kurangkan dan membantu untuk hilangkan gatak-gatal badan
# antara ubat terbaik untuk kurangkan kesan radang eczema
# kurangkan pigmentasi pada kulit muka dan badan
# membantu kurangkan masalah jerawat belakang badan
# melembutkan kulit
# sabun yang beraura...rasa fresh and energetic setiap kali lepas mandi dengan sabun ni.



















TESTIMONI SABUN MARINE ESSENCE 
atas diri sendiri yang bermasalah eczema







 SABUN MARINE ESSENCE 
Kaedah terbaik atasi masalah bau ketiak ;)






SABUN MARINE ESSENCE 
sesuai untuk uol yang kerja di chemical lab dan kerap berdaki di leher dan pelipat badan.




Kelebihan 
SABUN MARINE ESSENCE 



Nak order untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga tersayang???


seketul RM35
sekotak RM105 free postage


Nak dapatkan harga sabun marine essence murah???
 Jom jadi agent dropship atau beli secara borong???
untung boleh dapat sehingga RM5,000 ke RM7,000 sebulan...
dan tunjuk ajar untuk menjadi usahawan online atau SOHONISTA akan diberikan secara PERCUMA..!!!!




Hubungi sal segera untuk extra income anda juga ;)

Salleha Roslan
011-1631 1641 (whatsapp)





Bayou lagoon park resort

Kisah bulan january pun tapi baru nak update bulan april ni..hahaaa..

Asal nye yang boleh jadi tau ada nye Bayou Lagoon park resort ni bila search punye search dalam internet, hotel apa yang terdekat kat MITC tu, then tersenarai la nama hotel ni...setau sal bayou lagoon ni memang hotel baru kat area ayer keroh melaka ni. After buat sikit research tentang environment dan rate dia terus je la book online.

Kira nye sepanjang involve business ni trip ke melaka memang dah jadi rutin bulanan kami sekeluarga. Kan best......sambil bisnez sambil bawa anak-anak makan angin...lagi pun pasaran di melaka memang masih luas. So better we grab this opportunity untuk share kan tentang peluang business ni pada orang-orang sekitar melaka bandar bersejarah ni.



Banyak berjalan luas pemandangan.
Anak-anak pun hati bertambah girang..hehee ;)



Sejam setengah perjalanan sampai dah tol exit ke ayer keroh.



Check-in patut nye kul 3 petang tapi sebab dah tersampai awal, so kul 12.30ptg kitorg dah masuk bilik hotel.







Enjoy sungguh damia n danisha ni bila tengok bilik hotel dan toilet yang agak luas ni.








Sebelum keluar jumpa client dan prospek, we ols anak beranak amik kesempatan untuk berphoto gedix depan camera...hahaaa...habit yang makin menjadi-jadi.

Then kul 1.30 keluar ke MITC untuk fitting client dan biz sharing di sana...kul 4petang sambung pulak jumpa bakal business partner di lobby hotel.

Sambil mama buat biz sharing dengan orang Ayer keroh, sambil damia n danisha berendam dan beriang-ria dalam kolam.



After maghrib lepak jap dalam bilik hotel sebelum keluar dinner.



Sambil tu macam biasa la, sempat je reply query clients, prospek dan business partner dari serata malaysia...best kan business di hujung jari...kat mana-mana je boleh generate income dan tambah nilai hidup orang lain. ;)














After dinner kasi chance kat budak-budak ni main playground yang ada dalam bayou lagoon resort ni...Fuhhhh...angin malam kat sini memang best...sejukkkk je rasa.









The next morning...breakfast with my loves one. Hari ni isnin, hari wilayah kat KL so we ols memang cuti dan boleh la amik kesempatan untuk jalan-jalan jap cari kedai asam pedas kat melaka ni before balik KL.



Damia n danisha ni memang pantang lepaskan peluang untuk berendam walau sekejap pun jadi lah.


















Bila saat-saat macam ni memang diorang adalah BEST FRIEND FOREVER..hahaaa..tapi kalau kat umah..hamik ko..mama lah tarzan tukang leraikan diorang berebut barang.









Dah siap-siap nak check out dah ni.






Tapi kalau ikutkan, damia n danisha ni memang lah dia nak suruh kita stay sini sampai sebulan dua pun tak pe.






32 weeks pregnant mama tak nak lepas kan peluang untuk berposing sebelum balik...tips untuk ibu hamil : try la cari baju yang berlapis macam ni, so tak de lah kita nampak besar berisi sangat walau sedang hamil di hujung-hujung waktu ;)


At lobby Bayou Lagoon Park Resort.



Sibuk pulak diorang nak singgah gym.



Singgah zoo melaka dulu la. Lama dah plan nak bawa dd gi sini tapi tak terbawa-bawa pun. so alang-alang ada masa kat sini better bawa la jap diorg ke zoo ni.






Rasa macam bawa rombongan kanak-kanak tadika pulak dah...huhuu ;)









yang kecik tu dah penat dah berjalan..lepas ni confirm ayah dia jadi mangsa untuk dukung dia...hahaa.



Besar giler seladang ni kalau tengok live tau...takut pulak kalau-kalau dia melompat keluar.



Harimau bintang eik ni...kat zoo melaka ni animals dia kebanyakkan nye memang besar-besar dan sihat walafiat..tak nampak pun harimau or singa yang perut kempis ke dalam.



Penat jugak berjalan satu pusingan dalam zoo melaka ni...nyesal pulak rasa tak naik bus dia tadi...









Haaaaa...penat punye pasal kan dah bertawaf satu zoo melaka tadi...so jom kita bedal dua pinggan nasi asam pedas kat banda hilir melaka ni.
sedap tak hingat punye siput sedut masak lemak cili api dia...sampai kan damia pun tambah semangkuk lagi siput sedut sbb sedap hinggan menjilat jari...



Nampak simple je kan tapi memang ummmmppphh...
asam pedas masakan kampung kak mah ni terletak kat banda hilir melaka. Try la..sedap tau kuah asam pedas kak mah ni.



my hubby pun makan sampai kembang kempis pipi ngan hidung..hehee



Danisha minum ni je..yang lain semua dia tak mau. ;D






Dah jom balik!
Bulan depan kita datang lagi ye ;)


for more review untuk bayou lagoon click link bawah ni