Friday, March 8, 2013

monthly check up at putra medical centre

Monthly check up untuk pregnant kali ketiga ni sal pilih untuk ke putra medical centre. Kalau dua kehamilan lepas, masa pregnant damia n danisha, sal prefer ke HUKM cheras. Kali ni disebabkan ada rezeki lebih dari Allah buat kami sekeluarga, jadi sal tak teragak-agak untuk buat monthly check up di hospital swasta dan berbayar sepenuh nye oleh diri sendiri. Company sal berkerja skarang ni memang tak tanggung segala jenis perubatan yang berkaitan dengan kehamilan. Jadi, Alhamdulillah dengan rezeki berniaga ni dapat lah sal merasa untuk pilih gynae atau pakar perubatan sendiri.

Selain dari tu, sal pilih untuk rujuk pakar perubatan dari putra medical centre ni adalah sebab faktor dekat dengan rumah. Bayangkan lah kalau dari saujana utama yang dah nak dekat2 dengan puncak alam tu nak ke cheras dah amik masa berapa lama kan...dekat sejam jugak, So jarak antara PMC dan rumah pulak memang tak jauh dah, dalam 15 minit je dah sampai. 

Lagi pun yang best nye check up gynae swasta ni, masa nak appointment dengan doctor tu pun boleh ikut masa kita. Kira tak de lah straight sangat nak kena follow waktu yang dah ditetapkan. Kira boleh postpone la ikut suka kita nak datang ikut date yang di beri atau tak, asalkan jangan lewat seminggu dah la. 



33 weeks pregnant.

Doktor wan ratna merupakan gynae yang every month sal akan refer untuk pregnant kali ni. sal mula buat monthly check up dgn dr ratna dari usia kandungan baby 4 bulan... Lemah lembut je dr ratna ni tau... suka sangat dengan dia sebab nampak ketelitian dia bila periksa kita.

Selain dari doktor ratna ada sorang lagi gynae yang glamour and jadi pilihan ramai kat pmc ni iaitu dato' dr. Zarul...tapi sebab kan sal dan husband nak doktor perempuan, jadi sal pilih untuk berurusan dengan dr. ratna dari 4 bulan hamil dan in shaa allah sampai proses melahirkan nanti.


ni masa 26 weeks pregnant.

Tengah tunggu turn nak di panggil masuk utk check up dengan dr. ratna. lagi satu yang best nye private hospital ni adalah waktu menunggu...kira tak de la sampai 5 jam nak kena tunggu turn setiap kali datang waktu pemeriksaan bulanan... paling lama pun sal pernah tunggu turn kat sini adalah dalam 40 minit dan paling cepat tak sampai 10 minit dah kena panggil... kira kalau datang pagi kul 8 tu memang cepat lah masuk bilik doktor.


kos rawatan dan consultation kat pmc.

Jangan terkejut pulak ye, sebab sal di awal kehamilan dapat semput so ada rawatan untuk amik gas dan beli gas untuk kurangkan athma waktu malam. harga nebulizer makan ratus jugak lah. Tapi kalau kita tak de masalah kesihatan, kos perubatan untuk check up bulanan dalam RM60-RM90 je. 



Ni la dia Dato Dr Zarul (Uncle famous blogger Maria Elena Zarul..i tot father maria sbb nama dia zarul kan..hehee) dan yang pakai tudung biru tu lah my gynae Dr Wan Ratna ;)




 _____________________________________________________________


sebelum kena refer kat PMC, sal tau je pregnant masa 6 minggu tu terus buat check up kat klinik bahiah saujana utama ni dulu. sebab 5 minit je dengan rumah. tapi after blood test, doctor tengok result my hyperthyroid nampak tak normal so dia suruh refer specialist. sebab sebarang chronic nature time pregnant perlu di rujuk pada pakar.

so dari sini lah yang start nye pergi buat check up dengan putra medical centre pulak. sbb PMC pun ada specialist untuk thyroid.. kalau ikutkan kebiasaan memang perlu ke HUKM tapi memandangkan nak ke sana tu satu hal, so terus book appointment kat PMC je lah..lagi pun penyakit berkaitan hormon dan darah ni tak boleh di pandang sambil lewa. perlu treatment segera.






















No comments:

Post a Comment