Wednesday, March 20, 2013

Jalan-jalan cari makan : Asam pedas selera kampung di Melaka

Sejak pasaran makin meluas di Melaka ni, boleh dikatakan setiap bulan sal, suami dan anak-anak akan ke Melaka. Dan tiap kali ke Melaka, tiap kali tu jugak la nak pekena Asam pedas Melaka. Fuhhhhh...!!! Memang tak boleh tido kalau tak pekena asam pedas melaka ni sebelum balik KL.

Baru-baru ni lepas jumpa anak dalam bisnez dyna salleh dan cicit dalam bisnez Diana Dee dan suami, diorang ada suggest kan tempat-tempat best untuk sal pergi cuba dan rasa. Kebanyakkan asam pedas kat melaka ni buka waktu malam so ni antara salah satu tempat asam pedas yang buka 24 jam di melaka:

Restoran Asam Pedas Selera Kampung
G2, Jalan P.M.3 Plaza Mahkota Square
75000 Bandar Hilir Melaka
Melaka

Lepas check out hotel dan personal touch with diana, terus kitorg dari MITC datang sini. Kalau sebelum ni tak tau jalan short cut, punye la sampai 40 minit baru sampai bandar hilir ni, tapi lepas jumpa diana n husband baru tau jalan dari MITC nak ke bandar hilir hanya 15 minit je...hahaaa...


Sampai-sampai  terus cari tempat yang ada air-cond. Biasa lah mak buyong kan sentiasa hot je...huhuu...Lepas tu kena order air baru boleh pergi pilih lauk apa yang kita nak dan make seure bagi no meja pada pelayan restoren nanti.


Otak-otak dia pun sedap! Memang favret kitorg anak-beranak...berebut nak kasi abis.





Yeayyy lauk dah sampai.
yang ni udang besar masak lemak. sedap dia tu tak tau lah describe macam mana...sebab memang betul-betul sedap sampai kitorg tambah lagi kuah dia dan siap hirup lagi. Maybe sebab manis udang fresh tu keluar ke kuah kan tu yang buatkan masak lemak dia sedapppp tak hingat punye.

Sekor udang ni RM35.00 boleh makan share 2-3 orang.



Ni asam pedas ikan tenggiri. Harga ikan ni sekor RM8. For me kuah asam pedas dia so so je lah..tak sesedap restoren lagi satu yang kitorg pernah pergi bulan lepas. Tapi ikan dia memang FRESH.



Nasi putih dia pun sedap tau. Kira nasi beras wangi dia bagi. 
Tu yang tak pernah-pernah damia ngan danisha makan sorang sepinggan, alih-alih kat sini diorg boleh habiskan sepinggan sorang nasi. Mama ngan ayah makan dua pinggan..hahahaaa...masing-masing berlawan nak dapat perut maju ke depan.








Jemput makan semua. Bismillah :)



Habis makan sila lah jangan nak terkejut sangat ye dengan harga dia. Kira ok lah harga macam ni. Kalau nak murah boleh je g tangkap sendiri udang ngan ikan tu pastu masak sendiri ye...huhuu ;)



 Alhamdulillah...kenyang perut suka hati.
Nak pulak datang jalan-jalan cari makan kat bandar hilir ni hari isnin, memang best la kan... sebab tak de lah jem.

so jom balik umah. Lepas mama bersalin kita datang lagi ye Melaka bandar bersejarah ni ;)



Tapi sebelum balik, sempat lagi request kat en. suami suh belikan klebang original coconut shake... Kalau tak jangan harap boleh balik dengan tenang. Lagi pun hari ni hari isnin kan so tak payah lah nak beratur panjang berjela...yeahaaa ;D







Slurrrpppp...terbaik..segar dari ladang...minum coconut shake ni di kala cuaca panas membahang memang terangkat.


Baru segar nak drive balik umah ye ;)



Patut la jem. Lori masuk longkang. Bila hujan-hujan macam ni mesti ada je kan masalah kat jalan raya malaysia ni. Tapi yang silap bukan lah jalan raya pun, tapi sikap kita sendiri sebagai pemandu. Kena la selalu pastikan diri sendiri segar bertenaga dan kenderaan sentiasa dalam keadaan yang baik. So tak de lah bagi impact yang tak berapa nak bagus pada pengguna jalan raya yang lain.


Ni pulak halangan kedua.
Kereta proton saga ngan volvo berlaga lepas tu terus terbakar. Ni kat area seremban nilai.




Budak berdua ni macam biasa lah dah puas berjalan, perut dah kenyang so lena sampai lah ke rumah. Tapi pandai pulak tu bila kereta stop je depan rumah dua-dua mesti terus bangun.
















6 comments:

  1. Replies
    1. memang sedap! nak-nak yang udang besar tuhhh..rasa nak repeat lagi ni ;D

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Hi selamat bercuti! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* Villa 827


    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete