Tuesday, February 19, 2013

Premium beautiful : hilangkan masalah cyst




Alhamdulillah 
betul lah bila kita dapat bantu buatkan orang lain happy, kita pun tentu akan dapat aura happy tersebut. Happy sangat bila client ni inbox sal bagi tau masalah cyst dia dah tak de. Sebelum ni susah jugak hati dia bila doctor sahkan dia ada cyst dan kalau dah makan ubat pun tak kecut jugak mungkin akan dilakukan pembedahan untuk buang cyst tersebut.

Setiap penyakit ada penawar nye.
dari menanggung sakit dan berhabis ribuan ringgit untuk pembedahan, apa salah nye cuba dulu pemium beautiful. Perasaan tu terdetik di hati client ni bila selalu ternampak testimoni dan info tentang kehebatan premium beautiful di wall sal dan rakan kongsi yang lain.

Kalau sebelum ni bukan hanya ada cyst, tapi masalah period tak teratur, sakit belakang dan berat badan berlebihan pun menjadi masalah buat client ni. Alhamdulillah dengan ikhtiar dan doa yang tak putus untuk kekal sihat dan cantik di mata suami akhirnye apa yang di hajat kan di makbulkan Allah.




apa itu ovarian cyst



Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir atau air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.


Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketak-suburan.


Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. 
Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Jenis-Jenis Cyst


Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tapi ada juga cyst ni boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.





Follicular Cyst: 
Ia terbentuk dari folikel yang tak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.


Corpus Luteum: 
Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.


Endometriomas: 
Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid. 


Cystademas: 
Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.


Dermoid Cysts:
 Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.


Polycystic Ovaries: 
Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.



Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?


Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi .

kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ni terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.



Gejala Ovarian Cysts


Ia pada umumnya tak memberikan sebarang gejala. 

Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
  • Sakit perut
  • Rasa perut penuh dan tak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari
  • Sukar atau kerap kencing
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Muntah dan loya.

Diagnosa


Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.


Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan


Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tak banyak beri kesan pada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tak kan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.




Rawatan


Bergantung kepada jenis cyst tu sendiri. 

Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ni pada sesetengah wanita.



*http://portal.alamhamil.com





your premium beautiful expert

salleha roslan
011-1631 1641 (whatsapp)




1 comment: