Thursday, November 8, 2012

Jalan-Jalan cari makan : Willy satay

Tengah dok bersiap-siap nak keluar rumah untuk jumpa client tertengok la pulak rancangan jalan-jalan cari makan kat TV3, so terliur jugak la tengok slot willy satay yang keluar kat screen tv tu (almaklumla mak yong ni skarang pantang nampak benda makan yg menyelerakan). Then apa lagi, kebetulan satu malam ni ada kat area kajang so terus ajak husband singgah kat Ramal Junction untuk try willy satay yang nampak macam best sangat dalam tv tu.

Padahal selalu je lalu depan ramal junction ni tapi boleh pulak tak perasan kat kajang ni ada satay special selain dari satay kajang dan satay hj samuri ;)




Nyum nyummm...memang sedap babe willy satay ni. Besar pun besar. Harga pulak standard harga satay zaman skarang la.

Kebetulan ibu, mak ngah, along and my bro in law abg saiful pun ada kat area kajang ni so ajak diorg singgah makan sama. Lepak-lepak jap ngan family sambil makan satay memang best.

Antara pukul 9 malam ke 11 malam tu memang agak sesak lah tempat makan ni sebab kat sini macam-macam jenis menu special ada. Untuk yang ada anak-anak kecik boleh makan dekat-dekat tempat duduk yang ada playland tu. So sambil makan boleh la sambil tengok anak kan ;)  



Ni adalah Landmark kalau uols pun teringin nak makan satay ni.




Selamat menjamu selera...!!!



 

No comments:

Post a Comment