Monday, November 5, 2012

Happy 6th Anniversary for our beautiful life



Alhamdulillah cecah dah enam tahun usia perkahwinan kami. Suka duka sepanjang hidup bersama ni hanya Allah dan kami je yang tahu.syukur pada Allah coz makin lama hidup bersama makin matang dan makin banyak yang kami belajar dari kisah hidup silam. Sebab tu la kot bagus jugak kawin muda ni..hehee..muda la kot sal masa tu, baru masuk 23 tahun. Abis degree terus ajak suami kawin..hahaa..sal yang ajak suami kawin ye bukan suami yang ajak sal kawin ;p

Sebab nye tak mau dah nak cintan cintun banyak kali. Lagi pulak time tu ramaiiiiiiiii sangat yang dok ngorat kan (hahahaa...kononnn saham naik la sangat). So disebabkan tak nak buat orang lain menanti sebuah jawapan yang tak pasti, sal pun nekad decide la “kalau la skarang ni ada je calon lelaki yang aku rasa sesuai, aku nak terus kawin je” haaa..tu yang rezeki en suami kot…tetiba muncul pulak dia yang tak de kena mengena dalam ini cerita. ;p

Kelakar sangat bila ingat balik detik-detik kitorg ni diketemukan. Hahahahaaaa. Ssshhhhhhhh…biarlah rahsia ;)

Insya'allah jom sama-sama kita improve diri kita untuk sama-sama ke syurga Allah dan insya'allah sebagai isteri dan ibu pada anak-anak tersayang sikit demi sikit kelemahan akan dibaiki sebaik mungkin. Paling nak improve adalah bab masak memasakkk..huwaaaa ntah bila ntah mama nak rajin pegang sudip ni kan. Cian sayang, sampai hampir licin rambut asik makan luar je. hahahahaaa..


Latest pic of My lovely family. Enam tahun kahwin alhamdulillah anak dah nak masuk tiga ;)



Jom baca dan amalkan tips keluarga bahagia ni ye...Thanks to penerangan.gov.my sebab bagi izin sal ciloksss tips ni ye ;)

TIP KELUARGA BAHAGIA

Tip Rumahtangga Yang Bercirikan Syurga
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu. 
  • Penghayatan agama yang berterusan. 
  • Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai. 
  • Perlu adanya pengukuhan ekonomi. 
  • Komunikasi yang cemerlang. 
  • Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri. 
  • Suasana rumahtangga yang selesa. 

Tip Komunikasi Keluarga Cemerlang
  • Berkongsi melakukan tugasan di rumah
  • Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli kelaurga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga 
  • Menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku. 
  • Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga. 
  • Makan malam bersama. 
  • Beribadah secara berjemaah. 
  • Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian.


 Tip Komunikasi ke Arah Meningkatkan Kasih Sayang Berkekalan

  • Berkongsi impian dan tugasan di rumah. 
  • Tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga. 
  • Tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain. 
  • Sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing. 
  • Sentiasa mencari emas dalam diri pasangan. 
  • Menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab. 
  • Sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan. 
  • Berterus terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar. 
  • Memahami kepentingan hubungan seks. 
  • Mencari perubahan untuk merangsang perubahan dalam rumahtangga.

Tip Komunikasi Cemerlang, Gemilang, Terbilang Pasangan Suami Isteri
  • Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan. 
  • Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah. 
  • Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik. 
  • Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan. 
  • Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati 
  • Ucapkan kata-kata syang atau romantik dua kali sehari. 
  • Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun. 
  • Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari. 
  • Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan. 
  • Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin
 Thank u sayang for loving me ;-*






No comments:

Post a Comment