Wednesday, November 21, 2012

Cendol Durian Borhan, Kuala Selangor

Cendol durian Borhan, Kuala Selangor memang best!

Dah lama ngidam nak makan cendol durian ni since hari tu masa pergi konvo adik kat unisel tak sempat nak singgah. so tetiba je after ke majlis besday anak kawan di shah alam, husband terus bawa isteri tercinta yang banyak songeh dia ni untuk lepas geram makan cendol glamour kuala selangor ni. Semput-semput pun nak jugak belasah Cendol Durian hehee.


anak beranak dalam perjalanan nak ke kuala selangor.


 Damia dan Danisha yang sangat lah riang gumbira kalau dapat berjalan. Kalau sehari tak kuar rumah memang resah gelisah budak berdua ni.


Lalu klang singgah jap beli karipap gergasi. RM2.50 satu. memang kenyang sampai malam kalau makan sorang.


Sampai dah lepas 35 minit perjalanan dari shah alam. Senang je nak cari cendol borhan ni. Memang tepi jalan besar lepas pekan kuala selangor je.



Hehee...cute la konon buat senyum macam ni.



macam ni baru cute sangat...hehee.



 kitorang sampai sini pun dah nak maghrib. dan cendol borhan ni pun memang maghrib je dia off terus. Tapi alhamdulillah rezeki kami untuk makan cendol durian borhan ni ada...kalau tak jenuh en hubby nak bawa mama datang sini lagi skali.


Damia nangis sebab jatuh kan air. Mama belum cakap apa lagi pun dia sendiri dah mula nangis beriya. 






Air mata damia dapat segelas ;D


Sampai dah cendol yang ditunggu-tunggu. Ni lah dia cendol durian yang glamour sangat tu. Ada banyak jenis cendol kat sini, tapi sy pilih cendol durian pulut je. yang lain memang tak pandang dah.
Selain cendol durian, ada jugak cendol durian + labu, durian + jagung + pulut + keladi pun ada...n mcm2 lagi lah...



Jemput makan ye.



Fuhhhhhh!!!!!
Seddap dia memang terasa.



On the way balik umah singgah sini jap untuk tunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.



Kalau korang teringin nak pergi sini senang je, alamat dia kat 
Batu 2, Pasir Penambang, 
Kuala Selangor. 
Kalau dari arah Kuala Lumpur kedai ni sebelah kanan lepas pekan Kuala Selangor dan kalau korang sesat, kol je kat nombor ni ye: 
017-657 3096 atau 017-291 4630 atau 010-439 5403
jangan kol sal pulak eik ;)



1 comment: