Wednesday, October 10, 2012

Life is beautiful


Setiap kehidupan akan ada dugaan. Tiada satu pun yang tidak akan menghadapi dugaan. Dugaan yang dialami akan membuat seseorang itu merasa tabah, berfikiran panjang, pandai menyelesaikannya dan tak lupa juga ia adalah suatu pengajaran untuk anda.

Dugaan adalah suatu cabaran dalam hidup manusia. Dugaan tu perlu ada. kalau tak de dugaan, macam mana kita nak kenal erti hidup dan belajar menyelesaikan masalah. dari dugaan dan cabaran lah kita belajar berdikari.

Kalau hidup langsung tak de dugaan, mesti jadi bosan, sunyi dan tiada makna. Sebab tu semua orang akan berhadapan dengan pelbagai dugaan sepanjang hayat kita. Dalam dugaan juga kita boleh belajar banyak pengalaman dan dapat nampak siapa kawan dan siapa lawan sebenar kita.

Segalanya sudah ditentukan oleh Allah. Semua manusia diuji dengan bermacam-macam dugaan. Segala tu mungkin kerana dosa-dosa yang telah kita lakukan dulu, jadi Tuhan hendak memberi balasan dan peringatan kepada kita dalam bentuk dugaan dan ujian.

Apa pun dugaan dan cabaran yang kita lalui perlu tangani dan hadapi nye dengan sabar tanpa perlu menunding satu jari pada orang lain. Muhasabah diri perlu setiap kali ujian Allah datang menimpa.

2 comments: