Thursday, October 4, 2012

Jalan-jalan cari makan : Famous Coconut Shake at Klebang, Malacca

Huwaaaaaaaa sampai sekarang terbayang-bayang kesedapan yang super duper yummieeee coconut shake pantai klebang ni. Rasa macam nak suh hubby bawa saya gi klebang skarang jugak. Sedap babe air kelapa dan isi kelapa yang di blend dengan ais krim vanilla walls ni. Dengan slumber nye mak yong yang masih dalam 3 bulan ni minum dua gelas coconut shake ni ha. Bila cakap ngan hubby yang i nak coconut shake skarang terus dia cakap "meh saya buat bukan susah pun..tapi tu la blender khas untuk kisar ice plak tak de" huwaaaaaa....tak kira nak jugak...nak jugakkkk!

Phewww!!! nasib time ni kitorg gi tak ramai orang. kalau tak mau kena tunggu ntah berapa jam ntah untuk dapat minum coconut shake original ni ha. Tu yang best nye pergi sini hari isnin. Orang sibuk kerja kitorg sibuk jalan-jalan cari makan.Huhuuu. Best nye la jadi orang yang flexible waktu kerja nye kan...Sambil minum sambil makan nasi lemak sampai tiga bungkus. Ha tu baru je 3 bulan ngandung, kalau dah 8 bulan sok mau makan sampai 8 bungkus pulak kot.Hahaaa. Memang lemak bertingkat la jawab nye kalau sampai macam tu skali nafsu makan nye.


Ni senario kalau pergi sini hari orang cuti. memang berkilometer la korang kena beratur semata-mata nak dapat rasa penangan air kelapa berinti ais krim vanilla ni.


Slurrrrppppp!!!
menyelerakan kannn??? Buat yang tengah puasa tu sila bawa bersabar ye.


Tak menang tangan pekerja dia nak melayan permintaan yang over dos ni. Tak putus-putus orang order untuk minum situ and tapau bawa balik.


Actually kalau nak tapau kena la beratur kat luar tadi tu ye..yang ni tempat untuk orang yang nak makan n minum kat sini jugak...untuk spesis macam saya ni memang jenis tak de tapau-tapau nye, so makan terus kat sini. Biar makan sampai puas hati.


Tak ramai kan? so pergi lah hari biasa ye. kalau gi weekend atau cuti umum memang korang yang ada gastrik boleh pengsan kejap sementara nak tunggu dapat tempat untuk duduk dan makan dengan tenang.


Dua gelas ni saya yang punye..huahuaaa..Tamak kan. Astaghfirullah...nasib baik habis licin. Siap bungkus lagi dua bawa balik minum dalam kete sementara nak sampai KL.


Anak-anak pun tak nak mengalah. Tak nak share tu...biasa nye kalau gi kedai makan if order teh o atau teh tarik mesti share tapi kali ni dua-dua pun nak sorang segelas. Ni mesti sebab diorang nampak ada ice cream.


kat sini tak de makanan goreng-goreng atau any menu yang uols boleh order tau. Semua nye jenis yang ready made. Macam Nasi Lemak daun pisang, mee goreng dan bihun goreng. Semua nye siap bungkus dah.


Selain makanan bungkus-bungkus tu ada juga kuih muih traditional yang beraneka jenis.


Danisha dia makan kuih je. Dia mana nak makan nasi-nasi ni. Huhuu.


Heheheee..semangat hubby i makan.


So uols yang dok meleleh air liur nak try coconut shake yang maveles ni silalah cepat2 start engine kete pecut jap gi klebang melaka. Kalau takat dari KL tu apa lah sangat, sejam dua sampai lah ;)

Map to the coconut shake @ Klebang, Malacca

Address:
along Jalan Klebang Besar (beside Caltex)

Contact:
Telephone number: 013-34994061

Opening hours
12.30pm-6.30pm daily (except Friday).
Friday 2pm-6.30pm

No specific off days. They take off when they want to.


No comments:

Post a Comment