Friday, July 6, 2012

Unisel convocation : Congrats my lil bro Sufi Habibullah Bin Roslan

Alhamdulillah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu...Berkat doa, usaha, ikhtiar dan tawakal akhirnya my lil bro, anak bongsu dari enam beradik ni diiktiraf sebagai pelajar cemerlang Malaysia oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM) baru-baru ni...syukur tak terhingga atas limpah dan kurnia yang tak putus-putus Allah berikan buat kami sekeluarga. Paling membanggakan bila sufi terpilih sebagai pelajar engineering terbaik Malaysia mengatasi pelajar-pelajar IPTA dan IPTS seluruh negara...Praise to Allah ;)


Sufi Habibullah dalam keratan Harian Metro.

Sufi dalam akhbar sinar.

Di Majlis penyampaian anugerah Institute Engineering Malaysia di Sime Darby Convention Center. Smart je dengan baju yang di sponsor khas dari  rizman ruzaini. Class ko ye...aku yang dah lama ngidam nak pakai Rizman nye baju alih-alih ko yang pakai dulu...huhuuu...

Certificate from The Institution of Engineer, Malaysia.
Gold Medal Award.

Dan...........
Pasti nye di sebalik kejayaan seseorang tersembunyi kisah suka duka yang hanya mereka yang melalui nye sahaja yang akan faham situasi kesukaran tersebut. Kami tak dilahirkan KAYA. Tapi alhamdulillah kami dilahirkan dengan Minda dan Hati yang kaya untuk membuktikan pada dunia yang kesusahan dan kemiskinan bukan untuk diwarisi 7 keturunan. Kemiskinan dan kesusahan juga bukan untuk diratapi tapi untuk dibanterasi.




Ini lah wajah-wajah yang pasti nye sangat bersyukur dan berbangga atas kejayaan anak mereka. Berkat doa dan kesabaran mereka membesarkan kami akhirnya dengan izin DIA juga lah nikmat yang pada mula nye derita berjaya membuahkan hasil yang tak terhingga. Tiada kejayaan datang tanpa pengorbanan. Takde orang yang berjaya pada hari ni yang tak pernah menempuhi detik kegagalan. Jadi jangan takut untuk lakukan pengorbanan. kerana penghijrahan dari  kemunduran itu sangat dituntut. ;)
Ibu

Ayah

Ni lah keluarga kami yang makin membesarrrrr!!!!!!!! huhuuu...;)



No comments:

Post a Comment