Saturday, July 21, 2012

Always be Grateful to Allah


Alhamdulillah…alhamdulillah..alhamdulillah…syukur tak terhingga pada DIA maha pencipta sekalian alam. Maha pengasih lagi maha penyayang…Tanpa keizinan yang diberikan NYA tak mungkin saya terus kekal bertahan untuk teruskan perjuangan penghijrahan dari seorang yang biasa-biasa pada seorang yang lebih luar biasa seperti sekarang. Luar biasa kat sini bukan lah makna nye saya ada kuasa power rangers, sailormoon atau dragonball ke hape ye...tapi yang saya maksudkan dengan luar biasa ni adalah dari segi perubahan sikap, pemikiran dan percakapan yang sebelum ni lebih ke arah negetif…


I asked for strength, and Allah gave me difficulties to make me strong...
I asked for wisdom, and Allah gave me problems to solve...
I asked for courage, and Allah gave me obstacles to overcome...
I asked for love, and Allah gave me troubled people to help...
I asked for favors, and Allah gave me opportunities...
"Maybe I received nothing I wanted, but I received everything I needed"




Betul lah kata ilmuan yang kalau kita nak ubah diri, ubah sikap, ubah peribadi silalah jerumuskan diri ke dalam dunia perniagaan. Dari pengalaman sensiri yang baru setahun jagung ni memang tak dinafikan rezeki kita sememang nye 9/10 dari berniaga…dan 1/10 rezeki hanya diperolehi sekiranya kita makan gaji. Sebab nama pun makan gaji so gaji yang ada memang cukup-cukup lah untuk makan. Untuk pakai dan beli itu ini memang kebiasaan nye “hutang” lah jawab nye…gali sana, gali sini. Itu hakikat... Kecuali buat yang memang dilahirkan dari keluarga berpangkat, kaya dan dijodohkan dengan lelaki kaya mungkin mereka terkecuali. ;)

Perubahan 360 darjah yang saya  sendiri alami sepanjang bergelar usahawan ni adalah dari segi hubungan kita dengan Allah terutamanye…...Alhamdulillah syukur Allah berikan hidayah melalui cara macam ni. Kalau dulu nak semayang satu waktu tu pun cukup la payah…tapi Alhamdulillah skarang kalau tertinggal satu waktu je hidup dah rasa tak menentu. Resah gelisah kalau sehari tak cukup lima waktu solat…perubahan ni pun kan dikira luar biasa...ye lah dulu kan biasa je tak solat tapi skarang rasa luar biasa pulak kalau tercicir satu waktu solat. Subahanallah memang rezeki mencurah-curah bila kita sentiasa ingatkan DIA. Sebab tu kebanyakkan orang yang berniaga ni mereka akan sentiasa tanamkan rasa bersyukur dengan apa yang ada dan dalam masa yang sama mereka akan usaha lebih lagi untuk gandakan apa yang ada.

Permulaan berniaga juga lah menjadikan kita matang untuk menilai siapa kawan siapa lawan. Dipulaukan tu biasa. Tapi percayalah tu hanya lah sementara. Kawan sekeliling terutama nye rakan sekerja akan mula jauhkan diri sebab perubahan kita yang jarang2 lagi nak keluar lunch sama-sama, gossip sama-sama, hang out after work sama-sama…Tak pe…Abaikan je masalah yang tak seberapa tu... Sebab bila kita mula nak bina kualiti hidup, permulaan nye memang perlu pengorbanan masa dan tenaga. Masa bersama kawan-kawan yang diangggap “baiklah sangat” tu terpaksa dikorbankan…tapi bila direnungkan balik…kita dapat faedah apa ye kalau sentiasa bersama mereka yang tak berwawasan seperti tu…buang duit, buang masa, buang tenaga, buang pahala…mau tak buang pahala sebab asal jumpa je dia ajak share kan gossip si polan dan si polan…best ke hidup macam tu…? ;)

Jangan takut kehilangan kawan “baiklah sangat” tu…sebab kalau betul seseorang tu adalah kawan terbaik kita, dia akan sentiasa menerima dan menegur kita seikhlas hati tanpa mempengaruhi orang lain untuk bertindak negetif pada kita…Malah, kita haarus bersyukur  sebab ditemukan dengan kawan-kawan “baiklah sangat” tu dan digantikan dengan kawan-kawan yang lebih baik…kawan-kawan yang lebih membantu untuk perolehi kebaikan dunia akhirat. Semoga mereka yang berburuk sangka tersebut akan terbuka pintu hati untuk menjadi seseorang yang lebih beretika dalam hidup mereka…




Paling best, bila berniaga ni kita akan direct dengan Allah...bila Direct dengan Allah ni memang dugaan sentiasa ada. Dugaan pulak adalah sebagai ujian je dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran dan tahap kesyukuran hambaNya. Sebab tu betapa indah nye bila kita jadi usahawan sebenar. Kesabaran pasti semakin menebal dalam diri! For those yang kurang imunisasi semangat better mula untuk belajar untuk berniaga. Tak kisah la nak berniaga apa pun, sebab dengan berniaga 9/10 rezeki akan timbul dan dengan berniaga lah sikap negetif akan bertukar jadi positif. Tak percaya..??? cuba jual pen ke pensil sebatang…dari situ pun kita dah boleh bergelar peniaga kan…sebab urusan jual beli ada di situ..huhuu.. ;)

Gud luck all. Do your best and Allah will do the rest..! Barakallah. ;)




1 comment: