Monday, June 25, 2012

premium beautiful : kekal bermotivasi


Bagaikan langit, semangat kita juga sentiasa berubah. Umpama cuaca yang ada masa cerah dan ada ketikanya mendung. kita dapat rasakan bahawa semangat mula menurun bila keghairahan dan keseronokan melakukan sesuatu perkara semakin berkurangan. keadaan bertambah gawat bila semangat yang layu tu dibiarkan begitu sahaja hingga kita terpaksa bertungkus-lumus untuk kembalikan semula semangat yang telah lama terpadam.

hakikatnya, semangat tak luntur serta-merta atau tanpa sebab. kita dapat mengesan sepertimana penyakit yang punya sebab dan tanda-tanda. membiarkan sahaja keadaan ini berlarutan akan mengundang masalah lain. contohnya, bila kita jadi kurang semangat, kualiti kerja akan menurun. penurunan kualiti kerja bukan je menjejaskan prestasi dan reputasi, malah akan menjejaskan hubungan dengan rakan sekerja.

setiap penyakit ada ubatnya kecuali TUA dan MATI. Terdapat beberapa tips yang boleh dipertimbangkan untuk naikkan semula motivasi diri.


KITA MAMPU JIKA KITA MAHU



1) KENAL PASTI PUNCA MASALAH

Sekiranya patah semangat gara-gara sikap seseorang, carilah jalan penyelesaian segera secara bersemuka untuk luahkan perasaan. Pastikan kita lakukan secara berhemah dengan fikiran terbuka. Sediakan terlebih dulu fakta dan maklumat yang diperlukan untuk perbicangan tersebut. Ingatkan diri bahawa kita ikhlas dan tujuan utama perbincangan adalah untuk mencari penyelesaian. Kawallah emosi ketika berbincang dengan bercakap secara perlahan-lahan, berfikir dengan pantas dan menjadi pendengar yang baik. Sekiranya tak mampu selesaikan masalah secara bersemuka, carilah pihak ketiga yang boleh mendamaikan anda berdua. jangan pulak cari someone yang lagi boleh memporak perandakan masalah yang dah sedia ada ye..haru jadi nye ;)



2) BACA KISAH ORANG YANG BERJAYA TERUTAMA MEREKA YANG PERNAH GAGAL






ni antara dua link yang saya selalu jadikan rujukan untuk success dan tak mudah putus asa. dua-dua icon wanita muda malaysia.MUDA, KAYA, BERJAYA dan BERGAYA.


3) JADI PAKAR MOTIVASI SENDIRI


yup!!! be a self-motivated person. Selalulah nasihatkan diri sendiri seolah-olah kita menasihati orang lain. Kita adalah insan yang lebih kenal diri kita sendiri. Maka, kita boleh jadi penawar terbaik untuk diri sendiri. Pujuk dan bisikan dalam diri bahawa kita tak nak gagal dan hanya kita sendiri yang mampu ubah keadaan ni. Jangan harapkan orang lain untuk pujuk dan ubah diri kita. Tanamkan dalam minda bahawa kita adalah "ketua" ataupun "pengawal" pada emosi, minda dan tingkah laku kita. Selalulah ingat akan kebenaran kata orang tua-tua yang ikut hati mati, ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa.Bila kita berjaya pujuk dan pulihkan semangat sendiri, kita akan rasa kepuasan dan mudah untuk share petua tersebut dengan orang lain.


4) BERGAUL DENGAN MEREKA YANG BERSEMANGAT DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM KEHIDUPAN.

Green leaders group

with GLG Mentors. 

Elakkan dari bercerita masalah terutama pada mereka yang gemar menjatuhkan lagi semangat kita. Perhatikan gaya hidup mereka yang lebih berjaya dan ceria untuk mendorong kita supaya jadi lebih berjaya dan bahagia. Lagi pun buang masa je kalau terus bergaul dengan makhuk tuhan yang bersikap negetif, mereka tak mungkin datangkan hasil yang lebih baik untuk kita. Jadikan kelemahan mereka untuk kita upgrade diri menjadi lebih baik lagi.


5) JADILAH PENDORONG SEMANGAT KEPADA ORANG LAIN.

Sekiranya kita dikenali sebagai seorang yang bersemangat kental, jadikan ni suatu cabaran untuk terus bangkit semula. Ingatlah zaman kegemilangan anda dan segala pengorbanan yang telah dicurahkan untuk capai kejayaan tersebut. Kita tentu tak nak musnahkan pengorbanan kita selama ni. Katakan pada diri bahawa kita mahu jadi pendorong pada orang lain dan tak nak dikasihani gara-gara masalah yang melanda kita sekarang. Mengingati orang tersayang akan melembutkan hati untuk kembali bersemangat kerana kita tak mahu kecewakan mereka yang kita sayang. Berikan kata-kata perangsang pada orang lain walau kita sendiri sedang bergelut untuk naikkan semula semangat. Tindakan ni sebenarnye lebih berkesan bila kita lakukan bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membantu. Dengan menasihati orang lain, kita pun akan terdorong untuk amalkan nasihat tersebut, lebih-lebih lagi untuk buktikan keberkesanan serta amalkan kepimpinan melalui teladan.


6) INGAT KEMBALI IMPIAN DAN MATLAMAT HIDUP

Sentiasa ingatkan diri bahawa perjuangan belum tamat sebab impian kita belum tercapai sepenuhnya. Letakkan sasaran yang boleh di ukur. Cetak dan letakkan sasaran di tempat yang sesuai boleh mengingatkan kita supaya terus berusaha.
Mengetahui pencapaian terkini berbanding dengan sasaran yang telah ditetapkan dapat mengingatkan kita tentang perjuangan yang belum selesai. Tetapkan tarikh untuk capai sasaran dan tepati tarikh akhir yang telah ditetapkan. Tandakan tarikh penting tersebut pada calendar yang mudah dilihat atau pasangkan peringatan dalam handfon mengikut kekerapan yang bersesuaian.


7) JADIKAN TUGAS SATU AMANAH DAN PERJUANGAN

Kehidupan adalah berkisarkan amanah yang dipikul serta perjuangan yang tak pernah selesai. Maka tanggungjawab utama kita adalah tunaikan amanah dengan kesungguhan supaya hidup jadi lebih bermakna dan beri manfaat pada diri dan juga orang lain.


8) UBAHLAH PENAMPILAN DAN SUASANA

Kalau bosan sebab terlalu lama buat kerja yang sama, cuba fikirkan cara lain untuk laksanakan tugas tersebut. Kalau sebelum ni selalu guna kaedah manual, gunakan bantuan teknologi seperti video dan music. Kita boleh bertukat-tukar pandangan dengan mereka yang berpengalaman tentang kaedah-kaedah lain ataupun boleh share pengalaman dengan mereka yang sentiasa ceria dan seronok melakukan tugas mereka. Pelajari atau perhatikan cara mereka yang kelihatan tenang walau sedang menghadapi dugaan. Tukaran tugasan secara suka sama suka untuk tempoh sementara boleh dilakukan. Ubah penampilan atau hiasi kawasan kerja untuk timbulkan mood baru pada tugasan tersebut. Senyum ikhlas yang sentiasa terukir di bibir, mengalihkan perhatian sebentar atau berborak kosong dengan rakan akan kurangkan rasa bosan dan tekanan. Bina hubungan baik sesama teman kerja yang lain untuk menjadikan kita lebih ceria di tempat kerja. Mulakan hari dengan wajah yang manis dan perasaan penuh kesyukuran.


9) PERASAAN NEGETIF TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN DAN REPUTASI

Tekanan akibat kemurungan, kebosanan dan perasaan negetif boleh berikan impak yang tak baik pada kesihatan jantung. Perasaan negetif bukan je jadikan muka kusam dan kurang ceria malah akan jadikan diri kita kurang disenangi. Perasaan negetif akan jadikan seseorang hilang fokus dan seterusnye sukar untuk berikan yang terbaik. Melayani perasaan negetif tak mungkin dapat selesaikan masalah, selain tak berfaedah, ia jugak akan melemahkan akal dari berfikir secara waras.


10) BERDOA DAN BERSERAH


Tiap kejadian yang berlaku pasti bersebab. jalan penyelesaian dan hikmah NYA sentiasa ada. Bersihkan hati dan hampirkan diri kepada-NYA dan berdoa dengan sesungguh hati supaya diberi petunjuk untuk temui jalan penyelesaian yang terbaik. Sentiasa ingat matlamat dan tujuan kita hidup di dunia ni. Walau pengalaman tersebut perit untuk dilalui, pengajarannya akan mematangkan kita untuk jadi insan yang lebih baik. 

Hidup umpama pelayaran di lautan yang sentiasa berombak dan beralun. Tak mungkin kita tunggu lautan tenang untuk mulakan pelayaran kerana lautan sentiasa bergelombang. Hakikatnya, tanpa angin pelayaran tak mungkin boleh sampai ke destinasi. Berbekalkan motivasi, kegigihan dan doa yang berterusan, kita mampu menempuh aral yang melintang sebab halangan dan dugaan adalah asam garam kehidupan!





Monday, June 18, 2012

premium beautiful : productivity, happiness, inspiration

ahad 17 June 2012
dari pagi sampai malam ada je activity bersama suami, damia n danisha, family, biz partner dan kawan-kawan ;)


after fitting client di presint 9 terus ke presint 10 pulak di puspanita, dewan seri endon putrajaya. ke wedding kenalan rapat keluarga dari kecik. best  tak terkata damia n danisha bila dapat cup cake cantik berwarna warni ni.

punya la ramai jemputan yang hadir. meja sampai full. nak pulak macam-macam menu ada so memang semua pun nak cuba. catering dari pak engku (kuzie catering) memang sangat lah sedapppp.

my sis, my mom and danisha.

tak puas makan kat tempat tak de meja tadi so beralih tempat ke sini pulak. sambung makan lagi. tadi makan dua pinggan char kuey teow and now continue with nasi hujan panas pak engku...lauk pauk dia i tell u memang heaven.

sebelum kenyangkan perut mama n ayah, kena la kenyangkan perut damia n danisha dulu. kalau tak confirm menyelit je sampai mama tak boleh makan. untung dapat anak-anak tak memilih makan ni. asal suap je diorg mesti nganga punye ;)

cuaca panas ni memang sedap la kalau dapat cendol. tapi pas tu tanggung la batuk berkokok selama seminggu..huhuu ;)

tengok putu bambu ni buat selera makan terbuka balik walau dah agak kenyang jugak makan nasi and kuey teow tadi.

perasaan ibu ayah confirm lega bila anak tersayang selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati. suka sangat dengan tema garden ni.









congrats to you intan (lina syazana) dan syazwi. semoga kekal bahagia dunia akhirat. untung syazwi dapat wife yang simple macam intan. dan saya kagum dengan ibu dan ayah intan yang berjaya mendidik anak-anak mereka untuk sentiasa tunduk ke bumi walau  sudah punya segala nye ;)

cantik sangat okiessss...pakai pulak baju rekaan Amy Janz. and makeup pun dari Amy Janz. ditambah pulak premium beautiful tersarung di badan...memang great combination la.

ni la mama pengantin perempuan. cantik kan..dat's y la anak-anak dia pun cantik jugak.

yeahhhh...finally dapat jugak jumpa kak wardina saffiya ni. sangat cantik orang nye. memang dia layak untuk dijadikan icon muslimah era kini.




dah...jom balik.


gambar ni damia yang amik. boleh la kan...







danisha with cik scha kesayangan. after gerak gempur di alamanda with my group. ieda, scha, diana n siti memang rawkssss...sambil shopping sambil boleh buat business dan perkenalkan product pada pengunjung alamanda ni.

then luangkan masa layan damia n danisha ni main mainan yg dalam masa tak sampai 5 minit berjaya melicinkan duit syiling dalam beg tangan mama.



saya ketagih pearl ni. huwaaa...sedap plak rase nguyah bubble hitam tu. litle taiwan ni pun sedap jugak mango juice dia.

dinner ni makan pizza daging

sempena hari bapa kan...so biar en suami yang bayar. so dd jom kita order apa yang patut.



sedap hingga menjilat pipi...kan danisha...heheheee..


after makan, maghrib then layan movie pulak with the kids.

premium beautiful : snow white and the huntsman

Oh pengsan..!!! I just saw the movie and I love it!!! Ni lah masalah nye kalau dah tengok movie action and adventure like this. Asal nye nak bawa damia and danisha tengok ice age 4 tapi tickets sold out kat GSC Alamanda putrajaya...Then the moment my husband cakap dia beli ticket snow white terus i said "What???!!!! Snow White???!!! tak de cerita lain ke awak nak beli...Tolonglah...Hahaha..tak pasal-pasal husband kena pulak...Sebab time beli tiket tu saya sibuk dengan appointment so husband la yang pegi beli tiket... Just imagine, ye la before this kan kita semua dah sinonim yang snow white ni mesti  kisah kartun fantasy dengan tujuh orang kerdil yang selalu kita tengok dalam buku-buku cerita masa kecik-kecik dulu. So sy pun fikir macam tu la. Tapiiii...Ooowhhh...lepas tengok full story of this movie terus rasa nak repeat tengok lagi. actually snow white movie ni dah release kat malaysia ni 31 may lepas tapi hampir 3 minggu tayangan baru la berkesempatan dapat tengok. Busy as businessmowan la kata kan.


while 'mirror mirror was a light, funny reading, this one's mood is dark and mysterious.


chris hemsworth as the huntsman with kristen stewart as snow white. best sangat gabungan dua pelakon hebat ni. 



saya memang bukan peminat setia apa-apa movie pun. tapi once tengok kristen stewart bawa watak snow white ni balik umah terus search tentang dia. i only knew that she was an American actress and she is best known for playing Bella Swan in The Twillight Saga...huhuu cian tak haku...tak kisah la kalau baru tau pun kan. sebab the twillight saga tu pun saya tak pernah layan pun walau ramai je dok cerita tentang movie tu.



nasib la dalam cerita ni mamat handsome sorang ni jadi pilihan hati cik snow white. memang huntsman ni dah berjaya buat hati ku terpukau sekejap dengan lakonan hebat nye dalam snow white film ni. hey u chris hemsworth...!!! u make me not sleep at night u know...tehehee...sorry ye en husband saya angau jappp je kat mr huntsman ni. suka bukan apa, suka sebab aksi gagah perkasa dia dalam melindungi dan mempertahankan snow white. 



The Huntsman kiss bring snow white back to life! not the prince kiss...love the twist!!!
sam claflin as william.nasib time ko kiss snow white tu dia tak bangun...kalau tak, confirm ko la pujaan hati nye...huhuu...



this movie is very good! didn't expect to love this movie but i did it okiesss. love the part when the huntsman is telling snow white about his wife then he sort of comfesses his love for her. it was so touching! its really awesome.



wahhhhh!!! kalau la life depan haku ko senyum macam ni confirm terus pengsan. kelakian Chris Hemsworth as huntsman tu boleh buat ramai wanita-wanita dalam dunia ni meroyan sekejap.



lakonan hebat  Kristen Stewart, Chris Hemsworth dan Charlize Theron. Fantastic movie so i bagi 9/10 ;)

p/s : moral of the story. wanita bisa menghancurkan dan wanita bisa mengoncang dunia. jadi jangan mudah terperdaya dengan kecantikan luaran seseorang. berhati-hati dengan tipu daya syaitan dan iblis yang sentiasa mahu menyesatkan manusia. 

______________________________________

action before the movie started ;)

spiderman four. favorite movie suami tersayang ;)


brave movie. coming soon.


damia yang sedang demam. tapi dia tak nak ngaku demam sebab dia  takut makan ubat.


hehehe...mula-mula je damia ngan danisha ni besar bijik mata. tapi dah half way movie dua-dua hanyut tido ;)