Tuesday, February 14, 2012

BBQ Land Kuang


kali ni sekali lagi saya jadi host jalan-jalan cari makan. kebetulan pun memang bbq land ni pernah keluar dalam rancangan jalan-jalan cari makan. sebenar nye dah lama mengidam nak makan steamboat kat sini coz kawan-kawan opis kata ok la makan kat sini untuk orang yang suka makan banyak macam saya ni. coz dia kira kepala kita bukan nye kilo seafoods yang kita amik.

sampai-sampai terus book meja. then tokey kedai pun announce loud speaker suh staff dia ready kan kuali n periuk kat meja 31. huhuu siap mention nombor meja lagi ha kat sini.


nampak tak harga yang terpampang kat belakang tu? sorang rm20 untuk dewasa and rm10 untuk kanak-kanak. tapi yang bawa anak 5tahun ke bawah tu free je la. coz dia pun faham yang budak-budak kecik cam tu mana la nak makan sangat. bagusss tuan kedai ni sbb memahami.


damia n danisha ni baru bangun tido. so muka masing-masing terkulat-kulat bangun tido bila tengok tetiba ada kat kedai makan yang penuh dengan orang.

nak cop tempat pun boleh.call je no tepon tu ;)


en husband suh amek sikit-sikit. dia tak bagi jadi tamak haloba sebab takut tak abis nanti sayang je dah buang-buang rezeki. so amik la sket-sket macam ni.


sesi bakar membakar. lambat nye nak tunggu ko masak wahai daging-daging sekelian. chek tak sabaq nak mentekedarah dah ni.




yummieee..sedap nye makan stemboat n daging bakar sendiri.


sampai kembang kitorg rendam seafood ni. tinggal tak hancur je lagi.


goodddd..untuk damia memang la good sebab keje dia ngan danisha dok kacau mama ngan ayah nak makan. tapi lucky la korang dapat mama n ayah yang sgt 'penyabar' hahaa..kalau tak korang bedua mama dah rendam jadi steamboat okayyy.


master mind dalam buat kecah.


butter prawn...sedapppp. ada la setengah cawan butter kitorg letak kat udang ni. huhuu memang menggalakkan pembiakan lemak dalam badan betul.




sebelum balik sila la bayar kat tokey kedai ni ye. jangan main blah macam tu je. tak pasal-pasal je balik kang sakit-sakit perut.

so u ols yang nak try makan-makan ngan family tu boleh la datang kat sini. makan la sepuas hati korang. waktu operasi rasa nye dari petang sampai tengah malam. kalau nasib tak baik memang kena tunggu turn untuk dapat tempat duduk coz memang ramaiiii sangat manusia dari serata malaysia datang sini untuk makan steamboat and ayam, daging bakar sampai puas dengan bermodalkan rm20 je. foods dia???...ok la..boleh je diterima tekak. siap ada nasi lagi kalau korang memang jenis yang tak boleh hidup tanpa nasi.



3 comments: