Monday, January 9, 2012

charity event at Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras

Alhamdulillah. syukur sangat di beri peluang dan kesempatan untuk sama-sama meluangkan masa bersama rakan-rakan seperjuangan B32 yang lain untuk ke program bersama anak-anak yatim. kali ni kami ke Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras Sungai Buloh. ni kali pertama sy terlibat dengan program amal macam ni. rupanya ada sebab kenapa kita perlu untuk kaya dan berjaya. bukan kaya untuk riak atau hilang tanda syukur pada Allah tapi, kita perlu jadi kaya untuk dapat beri sumbangan yang lebih pada org lain especially pada masyarakat yang kurang bernasib baik. 



pandangan dari luar.

walau tak berapa sihat damia and danisha macam biasa la, sentiasa happy kalau dapat berjalan dengan mama. hilang jap sakit kalau dapat keluar.

sebab rumah sy tak berapa jauh dari paya jaras ni, so sy terus tunggu konvoi CDM Hanis and CDM Salha di sini.

seronok jugak sesekali dapat jumpe rakan kongsi yang lain di majlis macam ni.

ada lebih kurang 80 anak-anak kurang bernasib baik yang tinggal di sini. ni antara mereka yang excited menyambut kedatangan kami.

berkumpul kat surau untuk sedikit ucapan dan pemberian sumbangan dari group B32 bawah pimpinan CDM Hanis dan CDM Salha.


sumbangan berbentuk cheque dihulurkan kepada penyelia rumah kasih harmoni. 

sayu hati bila tengok wajah anak kecik ni. puas pujuk ajak ke ruang makan tapi dia tak nak. dia merajuk sebab mak dia tak de pun datang jenguk dia sepanjang duduk kat sini.nangessss ;'(

ni anak-anak bujang cdm salha. hensem. yang sorg tu macam korea pulak muka dia.

ya Allah suka betul tengok diorg menikmati ayam KFC ni. puas hati bila dalam masa yang sama dapat bagi kegembiraan pada anak-anak kecil ni.



cdm hanis yang sangat prihatin sedang memerhatikan anak-anak comel ni makan sehingga menjilat jari.

cdm salha pun tak lepas kan peluang beramah  mesra dengan mereka di rumah kasih harmoni ni.

tersentuh dengan jawapan adik ni bila kitorg tanye dia something. dia kata kat sini walau pun ramai kawan tapi tu semua tak berapa menggembirakan dia, sebab dia tak ada mak ayah di sisi yang boleh beri sepenuh kasih sayang buat dia. huhuu..so sadddd. syukur sangat buat kita yang dikurniakan ibu dan ayah yang penyayang dan sentiasa mengambil berat dalam menjaga makan minum pakai dan mendidik kita.

adibah sampai ternganga mulut ngaja bebudak ni main angry bird.

sesi bergambar.



alfaath with irfan. ni contoh ayah mithali okay.


kaum adam yang terdiri dari pasangan kami juga tak lepaskan peluang melibatkan diri dengan majlis amal ni.

cdm hanis selain bijak berniaga, dia jugak pandai amik-amik gambar ni. :D

kawan baru damia danisha danisha. suka dd kakak-kakak kat sini mesra layan telatah diorg.

budak-budak ni pun suka bergambar okayyy ;)

siap rebut-rebut lagi camera buruksss i ni untuk berposing depan camera.hehee.

ni anak kecik yang merajuk tak mau makan tadi tu. after pujuk dia, sampai nak balik terus dia melekat kat sy. nasib danisha cool je. huhuu..selalu dia la yang paling marah kalau orang lain duduk atas riba mama.

huhuu. balik je dari melawat rumah kasih harmoni tu kitorg g melawat kfc saujana utama pulak. sebab damia ni teringin pulak nak makan kfc lepas tengok abang-abang and kakak-kakak tadi makan kfc.


pada yang sudi nak menghulurkan bantuan dan sumbangan, boleh hubungi Pengetua Rumah Kasih Harmoni seperti nombor yang tertera di bawah. Sumbangan anda amatlah dihargai. Selamat beramal.

 
En. Jamaludin



012-3942783









4 comments: