Friday, December 9, 2011

penyamun tarbus

Ada orang kata buat apa banyak duit kalau hati tak senang??? Ada betul apa yg di katakan tu. Tapi cuba korang fikir balik…macam mana pulak kalau tak ade duit and hati pun tak senang??? Antara dua soklan ni mane korang prefer??? Kalau sy of coz sy pilih nak ada duit and nak hati senang. So kalau nak dapat dua-dua tu senang je…hati kena senang mau kasi cuci la. Jangan asik tak senang hati je tengok orang lain nak cari kesenangan hidup dunia akhirat.

Just imagine, kalau tak de duit, tetiba plak kena kes pecah rumah macam ni. Apa kita boleh buat??? Tak kan nak pinjam kat orang je keje nye. Nak repair pagar ko ingat free ke? Nak repair pintu yang kene kopak. Tombol yg kena pecah. Pagar yang kena umpil. Kalau kena umpit sikit-sikt tak pe la jugak. Buat nye pagar pun kena sapu sekali dgn penyangak tu ko ingat tak kena ke kuar duit untuk beli pagar baru n upah pasang???

Alhamdulillah…kejadian pagi tadi benar-benar buat kan sy rasa bersyukur sangat-sangat. Betapa Allah tu sayangkan hamba NYA yang kadang kala lupa dengan nikmat yang diberikan. DIA lindungi rumah kami dari di ceroboh pencuri. Sekaligus selamatkan nyawa kami sekeluarga dan harta benda kami dari di curi. Praise to Allah..thank you Allah for the blessings that you give.

Kisah dia cam gini…kul 4.30 pagi tetiba hati saya digerakkan untuk jangan tido balik lepas dengar bunyi tingkap dapur di buka and pintu rumah di tarik-tarik. Nasib baik pintu kayu blakang umah tu jenis yang hulk Hogan kalau nak buka pun putus urat kentut la di buat nye. Lepas beberapa kali dengar bunyi pelik n tengok anak-anak n suami ada tido d sisi terus sy kejutkan suami sbb rasa something wrong sedang berlaku di ruang luar belakang rumah. Nasib baik kitorg tido kat ruang tamu rumah tiap-tiap malam sebab malas dah nak tido kat bilik atas sbb payah nak bangun turun naik kalau damia n danisha nak susu. So mmg bilik kitorg n ruang tamu mmg dah x de beza..huhuu..kalau tetamu dtg je baru angkut tilam spring tu naik atas.

Nak pulak malam tu mmg x boleh nak tido sebab  nak check online bonus bisnez dah masyuk ke belom. Almaklum la bonus bisnez n bonus makan gaji tak sama. Bonus bisnez mmg kita akan tertunggu –tunggu sbb x tau brape yg kita akan dapat. Kalau bonus makan gaji tu dah boleh agak dah. Kalau tak dua bulan gaji paling banyak pun 3 bulan gaji. ;)
Pas tu danisha plak before tido tu punye la asik tak bagi je mama tutup pintu yang jadi pemisah dapur n ruang tamu. Thanks to u danisha. Kalau tutup pintu tu mau mama tak kan dengar punye bunyi orang nak pecah pintu blakang umah.

Kejadian pecah rumah area saujana utama  tu bukan sekali dua berlaku. Dan kalau berlaku pun bukan satu dua rumah je dia kasi pecah. Haiiii memang dah ala-ala penyamun dalam cite Ali Baba la penyangak area saujana tu. Bayangkan time raya dulu, lebih dari sembilan rumah dia kasi pecah dalam satu masa. Dan malam tadi pun agak banyak jugak hasil yang penyamun tarbus ni dapat. Coz jiran inform yang depan umah dia banyak wallet org lain yang di campak. Baik gak hati ko ye wahai penyangak. ko tak nak susah kan orang untuk buat ic, lesen bagai then ko campak n longgokkan satu tempat.

Hope kejadian macam ni tak kan berulang lagi. And pada pak polisi cepat-cepat la amik tindakan. Selalu lah buat rondaan. Ni tak… boleh masa kita buat report thru fon then dia kata “tengok la nanti kami ronda kat area sane plak sbb skrg ada kat coalfield.” Danggggg…fuhhhh…agak nye polis ni nak tunggu ada kes kapak mengapak baru dia nak datang amik tindakan kot. Ape pun thanks pada pihak polis sebab bila kol terus jawab. Thank u so much ;) bukan senang ye jadi polis ni. Nyawa sentiasa di hujung tanduk.

And now baru tau, untuk landed house after this kalau perasan ada kes macam ni cepat2 bunyi kan alarm kereta biar semua jiran tetangga bangun n berhati-hati. Tadi blur-blur jugak macam mane nak inform jiran sebab just tau no Chinese sebelah umah je. Kesian kat jiran lain yang rumah d masuk penyangak tegar tu. So guys hati-hati ye…pastikan tiap kali before tido kunci semua pintu, tingkap, kereta, duit and barang berharga letak kat tempat selamat and amalkan baca doa kursi dan ayat2 suci yang lain. Insya’allah pertolongan dari Allah sentiasa ada.

semoga Allah terus pelihara kami dari kejahatan dan kemungkaran.
macam ni la kot muka budak2 ni kalau la betul penyamun tu dapat masuk rumah kitorg pagi td..huhuu..haruuuu.

Ni la keadaan tingkap yg malaun tu keje kan. Alhamdulillah tak de kerosakan besar berlaku. Just pagar luar umah tu je kena repair sikit. Bunyi pintu kayu tu la yg buat kan sy terus bertindak utk bangun kejut kan husband n confirm lintang pukang diorg lari.
Sib baik ko kembang wahai pintu kayu. So sgt2 ketat diorg nak tarik pintu tu dari luar.





No comments:

Post a Comment