Friday, December 30, 2011

genius aulad induction day

untuk tahun 2012 ni masih kekalkan damia untuk terus menuntut ilmu di genius aulad bandar sri damansara seperti tahun 2011. semua nye disebabkan kepuasan yang kami perolehi lepas setahun damia dapat pendidikan awal di genius aulad ni. sebelum sesi sekolah bermula parents di minta datang untuk collect name card, message book, uniform and sambil-sambil tu boleh visit sekitar kawasan pembelajaran di genius aulad ni.

eeee..damia tak sempat mandi pagi ok.
sepanjang perjalanan mama dan damia, damia tido je dalam kereta. sampai GA baru damia bangun and time tu la baru dapat siap-siapkan dia yang still berbaju tido. huhuu..nasib memang ada standby wet tissue dalam handbag so dapat lah mama lap segala taik yg ada d muka damia. kihkihh.

oh! tak sangka anak sulong ku dah berusia 5 tahun. cepat je masa berlalu. this year damia still attend sesi pagi sepanjang setahun ke GA. mama suka pagi, so damia kena la bangun pagi-pagi ye.


previous year class damia kat level satu. but this year dah masuk 5tahun so kene move to class di 2nd level. and class ni tak ada toys okay damia.


class teacher damia. teacher anizah. bertuah rasa dapat tenaga pengajar yang bersungguh-sungguh dalam membentuk anak-anak kecik kat sini untuk dapat apa yang parents nak. alhamdulillah berkat sabar teachers kat GA ni damia dah kenal A-Z, 1-100, alif ba ta, kenal warna, bentuk dan paling menyentuh hati dia dah boleh hafal doa harian sekali dengan translation lagi.


yup, we must smile, share and listen.


damia selalu baca daily pledge and khalifah pledge ni. alhamdulillah damia semakin pandai and danisha pun dah pandai follow kakak sikit-sikit. apa yang dikeluarkan dari mulut tu biasa nye boleh jadi suatu doa.


sementara tunggu turn nak amik uniform damia sempat snap pic mama dulu.


ngeeee..iklan gigi jap.


sebulan cuti skola makin bolattt.




okay gambar yang kat bawah ni saje je snap untuk info buat diri sendiri and kawan-kawan yang nak tau apa special nye Genius Aulad ni. so u ols boleh la baca words yang ada dalam pictures ni okiesss.







subject yang di ajar di Genius Aulad






















for me Genius Aulad antara pilihan terbaik buat anak-anak saya. suke dengan konsep english islamic GA. for more details u ols pegi la website GA ni ye. http://www.geniusaulad.com.my/




Wednesday, December 28, 2011

premium beautiful :: 50kg dulu dan 50kg sekarang

yang baju hijau tu of coz la sy 50kg yang dulu. lima bulan lepas bersalin. jenuh juga nak jaga makan untuk maintain kan berat badan supaya tak lebih dari 50kg ni sbenar nye. stressssssss.!!! biasa la,sy kan pompuan. dah kalau nama nye pompuan tak kan la tak de rasa stress bile kawan-kawan asik bandingkan lengan n pinggul kita dulu dan skarang kan. memang after bersalin second baby berat badan sy susah nak maintain. badan makin kembang semangkuk. nasib baik semangkuk je kalau bermangkuk mangkuk confirm jadi mangkuk tingkat la badan ku ini.huhuu.oh tidakkkk.!!! diri ku masih muda. so perlu sentiasa sihat, cantik dan bertenga.

nak diet???
oh ya Allah, sy sangat suka makan. tak sempurna hidup ku tanpa nasi. especially makan malam dat is after work mesti nak makan. nak makan bukan makan yg ringan-ringan punye. memang nasik ayam penyet, nasi lemak kukus, satay, kfc, mee goreng mamak pasti jadi pilihan utama menu makan malam.

nak jogging???
apa kejadah nye nak jogging dengan anak kecik kiri kanan. kalau single and not available dulu tu boleh la petang-petang kuar gi jogging keliling tasik. penah dulu masa blaja kat jb, buat keje gile coz nak kurus nye pasal, sy and housemate jogging dari larkin ke bandar jb...tu ha sampai ke city square sana. last2 after stop kat kedai makan kitorg melantak bagai nak giler. sia-sia je rase jogging lebih 2 jam then dalam masa tak sampai 15minit boleh plak makan sampai lupa diri. memang jogging cost dia "percuma" tak perlu keluar sesen pun untuk bakar lemak. sy memang tabik spring la dgn mereka mereka yang slim dengan hanya berjogging. cayalah..korang memang berhati cekal.

nak g gym???
tak pernah pulak terfikir nak g gym. sebab selalu imagine kalau g gym nanti mesti tak consistent aku ni. jap2 pegi, jap2 tak pegi. kalau g gym nanti pulak confirm la nak kena bawa anak skali. coz sejak ada anak ni memang tak boleh nak berenggang dgn diorg. pergi mana mesti nak usung sama.

makan pil, jamu, julap???
yang ni cuba bagi tau jenis apa yang sy tak pernah cuba. semua pernah ku telan. nak kurus punye pasal. sangguppp. tapi bila sedar yang kalau makan sebarangan boleh rosakkan buah pinggang terus stop. tak sanggup la kalau idop dengan buah pinggang yang bermasalah.nauzubillah.

korek tekak???
apa tu bahasa scientific dia??? bulimia ke aneroxia. haaaa..jangan tak tau, yang ni pun sy penah buat. sampai kurus kering jadi nye. and paling teruk sampai dapat macam-macam sakit dalaman. oh ya Allah. sampai macam tu skali la sanggup dilakukan untuk dapat kan result berat badan less than 50kg. and i know ramai lagi yang kat luar sana amalkan gaya hidup tak sihat macam ni semata-mata untuk kurus. dikkk...akak pesan ye kat sini, jangan la sekali-kali buat perangai tak semenggah macam ni. buruk kesan dia pada diri kita sendiri. elok-elok boleh hidup lama dah tak pasal-pasal hidup dalam penderitaan.

senamrobik???
hahaa..yang ni pun biasa je buat. dok menari sorang-sorang depan tv. tapi dah ada suami ngan anak dua ni segan la pulak chek nak terkinja-kinja depan diorg. maluuuuu.

slimming center???
owhhh no mak tak mampu u. ribu riban confirm abis untuk hilang kan beberapa inch je. pas tu nak kena ada appointment bagai la. memang tak mungkin jadi pilihan utama sy la untuk slim di mana-mana pusat pelangsingan badan.

corset???
kalau corset yang banyak kat pasaran supermarket Malaysia tu banyak dah sy beli. kalau kira-kira balik cost dia dah sama macam beli corset premium beautiful.

then prasie to Allah...diperkenalkan oleh sorang kawan lama masa degree dulu nurul afzan tentang premium beautiful corset. (haishhhh..macam tau-tau je sy dalam dilema nak kurus and dalam masa yang sama nak dapat bonus "sihat" dan bonus "income")
 mula-mula memang skeptical abis dengan pb ni. konon nye boleh la kurus dengan cara sendiri tanpa bantuan baju dalam kesihatan yang ber FIR ni. tapi selama berbelas-belas tahun buat cara sendiri untuk kurus akhirnye bukan kurus je tapi makan diri jugak. badan letih lesu, isi badan jadi lembik n kulit pun kusam. dan paling teruk dapat pulak sakit kronik. amik ko. nak sangat kurus dgn cara sendiri. Allah dah bagi, kurus dapat plus sakit pun dapat. sakit apa??? adala..... tapi takkan la sepanjang hayat sy nak redha je dengan sakit yang sy dapat. at least mesti ada usaha dan cara utk kurangkan dan hilangkan penyakit kita kan. memang cantik perjalanan hidup yang Allah tentukan ni.

now dengan premium beautiful alhamdulillah badan makin sihat dan cantik. cantik tu i tak cakap ye tapi husband yang cakap. so i tulis je kat sini.huhuu. tak mau la nak cite banyak apa kesan kebaikan yang sy dapat sejak pakai premium beautiful ni. kalau u ols nak tau details just call/inbox/sms/bbm/whatsapp me ye. or u can click any link yang ada kat tepi blog sy ni. bulan pertama pakai pb memang turun 4kg. then sebab suka sgt makan makanan tak  berkhasiat skarang ni so berat badan dah kembali ke 50kg semula. tp walau maintain 50kg, tetap ada yang kata "kurus nye kau ni" huhuu...actually memang kurus tu sbenarnye bukan terletak pada brape berat kita tapi, pada macam mana bentuk tubuh badan kita. yang paling penting selagi tak melebihi berat badan ideal selagi tu sy akan makan dan makan..huhuu.coz pb kan ada. bab susun2 lemak ni bagi je pb buat keje. tak susah pun pakai pb ni kalau kita dapat size yang betul. and kalau nak turunkan berat badan cepat boleh la consume lactolite sama.

paling best bila strecthmark dah hampir 80% hilang. and selulit pun dah tak ketara nampak kat pinggul n peha. tak percaya??? jom jumpe jom...boleh sy tunjukkan bukti nye. coz gambar perut, pinggul and peha tak kan la i nak letak kat blog and fb wall pulak kan. cian pulak en. husband. tapi untuk kaum sejenis je okiesss.. yang lain jenis tu kalau nak tengok suruh ur wife pakai premium beautiful at least 8 jam setiap hari, minum air masak, makan makanan berkhasiat insya'allah mesti dapat result yang positive punye. 

 
 
012-3609814

 
BB Pin

257D41EB



Tuesday, December 27, 2011

premium beautiful dan kawan baru

Sabtu lepas pegi kenduri kawin kakak pada sorang client premium beautiful ni kat kelana jaya. Rezeki tak disangka-sangka asal nye tak pernah kenal pun client ni. tapi diperkenalkan oleh kak kinah samad.huhuu.glamer jap nama kak kinah ye.anyway thanks kak kinah sebab kenalkan kitorg dengan hada. Friendly je hada ni. Ni la yang dinamakan rezeki yang tak disangka-sangka. Tak pasal-pasal kitorg dapat kawan baru yg happy go lucky macam hada.

Yang best nye kat kenduri kawin ni adalah foods dia. Hahaa. Biasalah sy ni bab makan memang suka giler. Alhamdulillah la dapat jemputan dari hada sekeluarga. Foods dia memang lain dari lain. Rasa nya masakan ala-ala negeri sembilan la. Ada masak lemak udang, ayam goreng, sayur kacang botor, perut, cendol, kambing panggang dan lain-lain. Kalau sebut lagi banyak kang mau meleleh pulak air liur korang.


Ni gambar hada after pakai premium beautiful. Nampak kan beza dia. Baru je dua minggu pakai. Sila abaikan gambar sy yang pakai baju rimau tu ye. Nampak macam ibu mengandung la pulak.huhuu.


Sementara pengantin makan beradap kitorg anak branak apa lagi posing dulu la kat sini. Dah tuan rumah bagi green lite so serbuuuuu. Curlasttt kan pelamin dia. Simple cantik menarik. Ni yang rasa macam nak naik pelamin lagi skali je ni.



Okay anak-anak pengantin dah abis makan. So jom kita plak gi isi perut.


Cantik tau dress pengantin dia secantik tuan punya badan.


Siap ada tarian zapin lagi dari penari cilik.



Huhuu. Sedap sampai tak toleh kiri kanan dah kitorg makan. Catering dia pun from negeri sembilan. Masak lomak ni memang fevret den.



Damia n danisha ni sebenar nye mamai-mamai lagi masa ni. dlm kete tadi masing-masing tido. Bila suh makan nasi tak mau pulak. Tapi sibuk suh kupas telur rebus yg tuan rumah bagi. Tak paham betul mama, punye la banyak lauk sedap-sedap kat sini tapi telur rebus jugak korang nak.



Lepas kenyang makan nasi dengan empat ketul ayam Sebelas ekor udang dengan cendol semangkuk, apa lagi time to posing with tuan rumah la pulak.



With hada. U look different okay. With premium beautiful body nampak lebih kemas. memang fungsi utama pb ni membentukan body kita and pb sangat effective untuk mengalihkan lemak-lemak ke tempat yg sepatut nye.



Buncit nye alahai anak-anak mama ni. tak pe, tak pe nanti korang dah besar sket tau la mama pakai kan size pb yang sesuai untuk korang ye. Confirm flat perut muncit anak-anak mama ni.



muka damia n danisha puas hati sbb dapat makan telur rebus.




Okayyy dah jom balik. Mama ada appointment ni.





Dd nak amik gamba buat style lompat-lompat plak.


Memang kanak-kanak riang betul la korang ni.



One two jumpppp…yeayyyy.



Haaaa..yg ni paling x semenggah. Mama plak yang over.


thanks to hada and family sbb sudi jemput kami sekeluarga datang ke majlis kawin ni ye. 
ni yang best ni buat business kasi orang sihat and cantik macam ni coz makin ramai pulak kenalan baru yang kami jumpa. Alhamdulillah.








Friday, December 16, 2011

our 1st bonus


i believe ramai yang besar bijik mata bila tengok angka macam ni kan. untuk orang yg pendapatan miskin bandar macam sy ni, amount sebanyak ni memang sangat-sangat diimpikan setiap bulan. okay kalau u ols nak tau ni la 1st income kami yang buat bisnez jual baju dalam ni. 1st income je dah cecah RM4,500.00

agak-agak korang la kan brape lama korang kena keje untuk dapatkan income macam ni??? anddddd bape jam sehari korang kena luangkan masa untuk dapat jumlah besar macam ni???

okay la thru my experience la kan, study amik degree je dah makan masa 4tahun. then keluar kerja je starting gaji tu pulak tak sampai pun RM1,500.00 (ni kira rate gaji 6tahun dulu ye now i rasa kebanyakan graduate starting with RM1,800.00) keje gedebuk gedebak setahun increment dalam RM70-RM100 je. bayangkan dalam masa 10tahun kita bekerja tapi nak dapatkan income sampai 3,000 pun amik masa yang terlalu panjang.fuhhhh.memang tak berbaloi.

tapi apa pun syukur alhamdulillah sebab di beri peluang merasa bagaimana suffer nye bila kerja makan gaji ni. dah nama pun makan gaji kan so duit gaji yang ada tu memang cukup-cukup untuk makan je la. nak buat shopping or cuti-cuti malaysia confirmmmmm ramai yang guna credit card.kan kan kan.... ;)

Enam tahun kerja makan gaji buat kan sy buka mata yang memang betul kita tak kan selamanya berada di zon selesa seperti yang kebanyakkan dari kita asik sebut2
"tak pe la tak banyak duit pun asalkan cukup makan pakai"
"tak pe la tak bawa bmw, audi or mecedez pun asalkan kancil aku ni boleh je aku usung ulang alik kampung"
"tak pe la itu...tak pe la ini...asalkan aku tak berutang banyak-banyak"
helllowwwww
cuba angkat tangan mana antara kita yang hidup tak berutang. korang beli kereta, rumah tu semua cash ke??? alhamdulillah memang hebat la kalau jawapan nye "ye"

actually just nak share je kat entry ni yang betul la kita sukar nak capai impian kalau kita just makan gaji aje. rezeki makan gaji ni 1/10 je. sebab tu Rasulullah S.A.W  ada berkata yg 9/10 rezeki tu adalah melalui BERNIAGA. alhamdulillah Allah dah lorongkan jalan yang betul buat sy dengan berniaga. Insya'allah jalan yang di buka ni akan sy gunakan sebaik mungkin untuk mengubah kualiti hidup sy yang dari biasa-biasa kepada yang lebih luar biasa.

tapi perlu ingat ye. tak de jalan mudah untuk seseorang tu berjaya melainkan dia sentiasa bersabar, berfikiran positif, sentiasa mendampingi orang-org yang berjaya dan paling utama sentiasa tau tujuan hidup kita di muka bumi Allah ni adalah kerana DIA. DIA jadikan kita cukup sifat untuk kita gunakan sebaik mungkin nikmat hidup ni tanpa hanya bergantung pada nasib. setiap orang dikurniakan kelebihan masing-masing. jadi focus la pada kelebihan yg ada untuk tingkatkan taraf ekonomi kita. bukan untuk diri sendiri je, tapi demi untuk keluarga dan juga ummah. 

bagi yang tercari-cari business apa yang boleh buat solid income every month tu boleh la cepat-cepat set appointment ye. boleh sy share kan macam mana kitorg generate income every month dengan hanya sekurang-kurangnya 2 jam je sehari duduk depan facebook, blog and berinternet.

Together EVERYONE ACHIEVE MORE!!

With the RIGHT GUIDANCE and MOTIVATION YOU TOO CAN SUCCEED!! 

012-3609814

 
BB Pin

257D41EB 












Tuesday, December 13, 2011

sm/ssm seminar 2011

10 December 2011 
Eastin Hotel

Ngantuk sebenar nye mata ni. dah dua hari tak tido lena sebab risau si penyamun tarbus sibuk nak datang melawat kawasan. x senonoh tau prangai cam tu. apa pun, sampai je kat eastin ni mata terus besar sebab tengok punye la ramai umat manusia yang dah grab peluang dengan business premium beautiful ni. bukan dari kl je tapi luar klang valley pun ada yg datang. ni la org kata kalau nak berjaya 1001 cara akan dilakukan and kalau tak nak tu sejuta alasan diberikan.

okay macam biasa posing-posing dulu sebelum seminar mula.


ingat kan sampai kul 7 pagi kat eastin ni dah kira awal la and boleh dapat tempat duduk depan. tapi rupa nye mak aihhh...ramai pulak yang datang lagi awal. dengan tak berapa best nye kena la duduk seat belakang. tu la padan muka aku. kan kak salha dah suh tido kat eastin siap-siap tak nak.


with my lil sis and my business partner SSM simaa
okay muka kitorg memang tak berapa nak sama la kan. dia sepet sikit and sy tak berapa nak sepet sgt mata tu. tp apa pun syukur Alhamdulillah kitorg tak disepetkan mata untuk tak pilih bidang business ni sebagai satu bidang yang wajib diceburi pada zaman la ni.


with Sha Jonet. my side line.

with mas shitah sarip. my side line jugak ni. very cool tau mas ni org nye. dok ngan dia memang gelak, makan, snap-snap pic je la keje kitorg.

okiesss..jom consume lactolite dulu before seminar n breakfast bermula. dari pengalaman lepas, makanan kat eastin ni memang mencabar keimanan sungguh untuk org-org yang sedang berdiet. foods dia semua sedap-sedap. finger lickin' good wa cakap lu walau tak de pun dia serve ayam goreng kfc kat sini. so sepanjang hari ni tak de la rasa bersalah sangat kalau makan tak hingat dunia sat lagi. sebab memang function lactolite ni untuk singkir/flush lemak yang tak patut simpan dalam usus kita. more info baca sini tentang lactolite

sebab tak de bliss yogurt so kocak kan dalam mineral water eastin ni je la. nasib baik rasa lactolite ni memang sedappp. so tak de masalah nak minum sampai abis.

ramaikan usahawan muda belia remaja yang attend seminar ni.


barisan speaker hebat group kami.
dari kiri : cdm mai, cdm hanis, bakal cdm sha, cdm salha


seminar dimulakan dengan penyampaian takwim syarikat oleh CDM Razali.
cool je CDM Raz ni. i loike. sempoi n bersahaja cara penyampaian dia.
rupa nye penting tau untuk kita follow agenda yang dah disusun pihak syarikat supaya kita tak kan mudah rasa ketinggalan dengan aktiviti-aktiviti yang dah diaturkan untuk kita. nak berjaya macam speaker hebat tu mesti kena follow takwim.


muka je nampak macam serius tapi pandai buat klaka tau cdm raz ni.

haaaa..!!! yang ku tunggu-tunggu sudah tiba. waktu sarapan bermula. fuhhhhh...memang sedap samosaaaa..nasi goreng...bihun...n cookies cicah sambal belacan tu tak yah cakap la...siap tapau bawa masuk bilik seminar.

my idol punye turn berkongsi tips macam mane nak market our business thru online. memang best ideas yang cdm salha share kan ni. sangat-sangat berguna.

next speaker. cdm maisarah. pun best jugak topic yang d sharekan ni. memang kalau ada master dalam business macam mana skali pun memang tak sama dengan pengalaman yang kita tempuhi dalam business premium beautiful ni. tak de dalam buku pun ajar macam mana nak berjaya buat business pb ni melainkan pengalaman kita sendiri.

menu untuk lunch.


salad n fruits


cheese cake, choc cake and puding ni memang superb.

after lunch and solat sambung pulak slot seterus nye by DDM sha khalid.

next.
perkongsian semangat by our great leader. cdm hanis haizi. the top beautiful agent.

memang dalam hidup ni perlu ada impian. 

 
dan impian tu pasti akan tercapai sekiranya kita berusaha tanpa jemu.

see...cdm pun salin nota jugak. ni kan pula kita yang masih dalam proses pembelajaran. lagi la kena take note.

with very supportive side line. best nye lahai dapat kawan-kawan macam korang ni. persaingan sihat saya diorg ni semua ;)


fuhhh...amik ko aura positif group kitorg ni. kalau rasa tak boleh tido malam je cepat-cepat la contact kitorg ye untuk appointment tentang cara generate 4,5,6 figures income dalam business ni.


dengan bakal CDM intan. kagum sangat-sangat dgn semangat intan. ibu yang sarat mengandung anak kedua ni pun boleh je buat business ni bersungguh-sungguh. 


with my dearie sideline...rafiedza. kitorg nye akrab tu walau jarang jumpe tp still boleh get along with each other. 


with iffa. slim je mummy ni sampai tak percaya i yang iffa ni dah ada anak ;D


with dewi. love her smooth skin. kalau nampak dia adik bradik mmg mata i tak kelip-kelip tgk.huhuu..memang cantik and very energetic dalam berbisnes.


with izyan. suka semangat izyan. sungguh cekal dan tegas orang nye.


haaa..ni rimau ni. badan je kecik-kecik cili api...tapi semangat juang dia sangat-sangat luar biasa. we will follow u adibah karimah ;) aummmm...


lagi sorang kawan baru yang sangat positif. aida. beruntung rasa dapat involve dalam dunia business macam ni coz sentiasa dikelilingi orang-orang yg beraura positif.

see...300 orang usahawan yang attend seminar sm/ssm ni. masing-masing berebut nak grab ilmu and semangat leaders yang dah berjaya n ada bukti kejayaan dalam business ni. jadi kita yang masih terfikir-fikir dan masih melengah-lengahkan masa untuk bertindak dan berubah tu tak kan la nak terus duduk diam tanpa ada sebarang tindakan kan? business ni kita buat sama-sama n sama-sama akan dapat kejayaan yang diinginkan.

with cdm Mai. comel je bertelekung.
after seminar. solat maghrib pulak. walau sesibuk mana pun kita jangan sesekali lupa pada NYA kerana segala rezeki yang kita perolehi semua dari DIA jugak. syukur sangat dipertemukan jodoh dengan group cdm hanis, cdm salha n cdm mai ni. walau sesibuk mana pun mereka Alhamdulillah tanggungjawab sebagai seorang muslimah tak dilupakan. sebab tu betapa cantik nya hidup ni bila kita tau menghargai nye.

Tahniah buat CDM hanis haizi and CDM Razali atas kejayaan seminar sm/ssm 2011 ni. 1st time la rasa attend seminar yg beraura luar biasa macam ni. 

Together EVERYONE ACHIEVE MORE!!

With the RIGHT GUIDANCE and MOTIVATION YOU TOO CAN SUCCEED!! 

012-3609814

 
BB Pin

257D41EB