Tuesday, September 20, 2011

kekayaan dan kesederhanaan

Dalam perspektif orang islam, ramai yg kata
 “ tak payah la kaya sgt pun. Biar sederhana sudah. Tak payah nak jadi jutawan-jutwan ni. Merepek je nak buat duit banyak-banyak. biarlah, cukuplah aku mcm ni je asal aku n anak-anak selesa dan bahagia”

Dari pembacaan dan pertanyaan yang di lakukan, islam tak larang kita untuk jadi kaya. Tapi biar la seimbang dunia akhirat. Sederhana tu secara ringkasan nye kita perlu hebat dalam apa jua yang kita lakukan. Bukan nye sederhana tu bermaksud korang punya pendapatan kalau 2-3 ribu sebulan untuk seisi rumah tu dah di kira bersederhana. Tak ye tuan2 puan2 sekelian;) jangan salah tafsiran tentang sederhana yang dimaksudkan tu. Kita perlu kaya tapi hidup dalam kesederhanaan dan kekayaan tu boleh kita guna untuk manfaat keluarga dan masyarakat sepertimana yg diamalkan oleh para sahabat dulu.

Kalau orang islam tak kaya, siapa lagi yang blh kita harapkan utk bayar zakat fitrah pada golongan fakir miskin? Takkan nak harapkan bantuan orang yang bukan islam. Maksud kekayaan di sini bukan lah kita kumpulkan kekayaan tu untuk di bawa ke kubur tapi sebagai kemajuan ummah jugak. Kumpul kekayaan dengan jalan yang diredhai Allah. Jadi renung-renungkan la, Jangan hanya focus yang sederhana dalam islam tu pada satu perkara je. Nampak orang lain usaha lebih mula la buat tafsiran yang orang tu gila duit, gila harta. Tapi renungkan kan lah, yang selagi kita hidup ni berusaha bersungguh sungguh seolah-olah kita akan hidup selama nye dan beramal lah seolah-olah kita akan mati esok hari nye.

Semoga kita semua menjadi orang yang dapat kebahagian dunia dan dapat keberkatan akhirat.
Insya'Allah



No comments:

Post a Comment