Friday, July 29, 2011

semarak ramadhan


Assalamualaikum
hi beautiful readers ;)

alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat kurniaan usia dan kesihatan yang diberikan oleh NYA dapat la saya menyambut ramadhan untuk tahun ni. x sabar rase nye nak sambut kedatangan bulan yang paling mulia ni Ramadhan al mubarak. semoga tahun ni kita semua akan peroleh keberkatan yang lebih dari tahun2 sebelum nye.

a gift from my boss sempena nak sambut bulan ramadhan
thanks en hamid ;)

okay just nak share sket tentang ramadhan ni with u ols my beautiful readers.

Imam Ahmad dan al‐Nasai telah meriwayatkan sebuah hadis dengan isnad yang sahih
daripada Abu Hurairah r.a. beliau telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah
SWT telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan
semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam
yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia
sangat rugi.”

Ibn Rejab telah berkata : Hadis ini pada asalnya ialah sebagai tahniah kepada manusia
dengan kedatangan Ramadhan. Bagaimana orang beriman tidak mendapat berita
gembira dengan terbuka pintu syurga? Dan bagaimana orang berdosa tidak
mendapat berita gembira dengan tertutup pintu neraka? Bagaimana pula orang yang
berakal tidak mendapat berita gembira dengan terbelenggunya segala syaitan?

Beginilah cara Rasulullah s.a.w. menyampaikan berita gembira kepada sahabatnya.
Sesungguhnya ia adalah kekasih yang ditunggu‐tunggu dan Rasulullah s.a.w. telah
menyambut kedatangannya. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud :

“Telah datang kepada kamu Ramadhan yang menjadi penghulu segala bulan.
Selamat datang diucapkan.”

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Allah SWT telah menganugerahkan bulan Ramadhan dengan pelbagai kelebihan
untuk umat Islam berpuasa dan mengerjakan amal ibadat agar mereka dapat
keredhaan daripada‐Nya. Umat Islam perlu mengambil kesempatan untuk
menggandakan amal ibadat kerana peluang yang diberikan sangat terhad. Ada
kemungkinan, peluang telah ditutup (dengan kematian) sebelum tiba Ramadhan
tahun hadapan.

1. Bulan diturunkan Al‐Quran
Maksud firman Allah:
“Bulan Ramadhan padanya diturunkan al‐Quran yang mempunyai keterangan keterangan
yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia”

2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat,
ditengahnya pengampunan‐Nya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.
“Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan
Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu‐pintu syurga, dihapuslah pintupintu
neraka dan di ikatlah semua syaitan.”
“Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya
dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan
dosanya yang telah lalu.”

3. Bulan Penghapusan dosa
“Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya
dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan
dosanya yang telah lalu.”

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al‐Quran ) ini pada malam Lailatul
Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik
dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.”

jadi jom semua manfaatkan keberkatan bulan ramadhan ni...selamat beramal. luv ya..!!!


No comments:

Post a Comment