Saturday, April 30, 2011

KLCC

Tetiba nak pulak update pasal last two weeks bawa damia and danisha kuar jalan malam-malam ke KLCC. rasa nya dah terlalu lama x jejakkan kaki kat KLCC ni. adalah lebih kurang 2 tahun jugak. lama kan. mungkin x berapa nak selalu sangat ke KLCC ni sebab dulu kan masa keje ngan Petronas dah hari -hari, pagi petang siang malam duduk dlm bangunan 88 tingkat tu. sampaikan jalan and kedai-kedai dlm KLCC tu pun aku boleh tau dah dok tingkat berapa and arah mana. senang cite klw tutup mata pun boleh tau la kat mana kedai yang aku nak pegi tu. keje di KLCC memang rasa hebat :) tak dinafikan TAPIIII... dugaan dan cabaran dia pun hebat lah jugak. mau nye x...asal dapat gaji je duit licin x sampai sejam. dah kedai kasut, handbag, baju sana sini n lawa-lawa pulak tu. mau tak berpusing mata ko nak beli semua tu? Rindu pulak kenangan dengan kawan-kawan, boss n persekitaran kerja kat KLCC. Rindu nak kene scan barang n badan setiap kali nak masuk opis. Rindu nak keje kat tingkat tinggi tinggi n bila tgok view KL dari atas macam best je.

Tu yang tetiba suh hubby bawa kitorang amik angin kat sini. saje nak jejak kan kaki semula kat KLCC ni. memang banyak sangat perubahan kat sini sejak dah dua tahun aku x pernah singgah kat KLCC ni. shop lot yang branded-branded jangan cakap la. buat hati terbakar je bila dapat lalu je depan kedai tu semua. nak masuk tengok2 harga dlm gucci, fendi, channel etc. tu dah tentu kalau aku gadai jam swatch damia pun x dapat beli barang branded kat situ. x pe la at least bersemangat juga jiwa aku ni untuk berjaya dalam bisness. dah berjaya nanti dah tentu-tentu la shopping kat KLCC akan jadi tempat pilihan aku semula.

   sebelum jalan kita makan kaw kaw dulu ye anak-anak. :D makan nasi ayam kat ayam mas Saujana Utama.

     hehee...comel tul la damia and danisha ni kalau posing. 

   nak kul 10malam baru sampai. apadaaaaa...

               damia suka paksa danisha amik gamba.
      Tengok la tu sampai senget mulut adik di buat nye.



Wednesday, April 20, 2011

Magika


huhuu...ni la la kerja damia n danisha ni kalau hari sabtu x kuar ke mana-mana. sepanjang hari diorang bedua ni akan layan cite magika ni sampai malam x pun selagi x meletop dvd tu selagi tu la diorg akan layan cite magika ni...hadoiiiii.

sampaikan rasa nya mama diorg ni dah jadi tak tau apa berita luar dah. mau x nye dah sepanjang masa dok buka magika magika magika. sampai kan aku yg x tengok cite tu pun leh hafal semua lagu n script yang mawi ngan si diana danielle tu cakapkan.

layan la gamba damia n danisha ni ha :)





ha ko...siap nyanyi lagi ha...hapal lirik diorg ni.
baguihhh...baguihhhh...leh anta masuk program aznil "jgn lupa liril" nanti ni.




danisha siap tiru gaya ziana zian yg bawa watak nenek kebayan..heheee.



 

Monday, April 18, 2011

Mati itu pasti


Ina Lillah Wa Ina Ilaihi Rajioun. sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai detik terpisahnya roh dari jasad. sebagaimana Allah berfirman :

 "Setiap jiwa akan merasakan kematian?" (Ali'Imran [3]: 183)

16 April 2011 jam 08:45 malam kami sekeluarga dikhabarkan berita pemergiaan nenda yg dikasihi Puan Hendon Binti Hawa di usia 81 tahun akibat sakit tua. Al-fatihah.
semoga roh tok ditempatkan dikalangan orang orang beriman.kami cucu cicit tok akan sentiasa mendoakan kesejahteraan tok di sisi NYA.

 kenangan terakhir kami bersama arwah tok hendon di hari raya aidiladha 2010.

Arwah diiringi oleh anak anak, cucu cicit dan kenalan lain untuk disemadikan di tanah perkuburan islam KL-Karak Taman Batu Muda. semoga roh tok Hendon tenang bersemadi di sisi Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

~ AL-FATIHAH ~